Bursa Malaysia Teruskan Momentum Menurun

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia meneruskan momentum menurun semalam untuk dibuka lebih rendah hari ini ketika mana sentimen gagal untuk bertambah baik, meskipun terdapat perkembangan positif dalam ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI susut 1.87 mata kepada 1,588.97 selepas dibuka 0.45 mata lebih rendah pada 1,590.39 berbanding 1,590.84 penutup semalam.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter turun mengatasi kaunter naik sebanyak 136 berbanding 124 dengan 159 kaunter tidak berubah, manakala 1,558 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 97.5 juta saham bernilai RM44.31 juta.

Loading...