Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Roy Ricardo Dakwa Lagu...

KUALA LUMPUR - Penyanyi terkenal Indonesia, Roy Ricardo, 29, mendakwa karya hitnya, Semalem...

Mayat Bayi Ditinggalkan Di...

JITRA – Mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditemui seorang jemaah di...

Liberalisasi Lanjut Insurans Kenderaan...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanakan langkah liberalisasi tarif insurans motor...

Instagram Punyai Lebih Ramai...

Instagram secara rasmi mengumumkan, mereka punyai lebih daripada 300 juta pengguna aktif setiap...

Bursa Malaysia Ditutup Paras Terendah, Susut 28 Mata

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup pada paras rendah enam setengah bulan dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 28.07 mata atau 1.61 peratus kepada 1,715.36.

Ia adalah paras terendah sejak 4 Disember 2017, seiring dengan kemerosotan yang dialami pada Bursa serantau.

Perang dagangan yang semakin meningkat antara Amerika Syarikat dan China terus memberi tekanan kepada pasaran saham serantau.

Indeks utama dibuka 5.23 mata lebih rendah pada 1,738.20 daripada penutup Isnin pada 1,743.43 dan berlegar antara 1,715.36 dan 1,739.25 sepanjang hari.

Sentimen pasaran kekal lemah dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untuk 673 berbanding 226 dengan 386 kaunter tidak berubah, 624 tidak diniagakan dan 24 digantung.


Jumlah dagangan kekal 2.30 bilion saham bernilai RM2.65. – BERNAMA

Kategori