Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Kemudiannya Menyusut

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka tinggi, tetapi kemudiannya menyusut, selari dengan kedudukan bursa serantau dan prestasi semalaman di Wall Street yang lemah.

Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.08 mata kepada 1,642.21 daripada 1,642.29 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks penanda aras dibuka 0.17 mata lebih baik pada 1,642.46.

Pasaran ditutup semalam bersempena cuti Hari Pekerja.

RHB Investment Bank Bhd. dalam nota berkata pasaran kurang memberangsangkan berikutan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) yang kukuh dan menunjukkan sedikit minat untuk melaraskannya pada bila-bila masa dalam waktu terdekat.

Ia berkata kenyataan dasar dan khususnya pendirian tegas Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Hayden Powell bahawa Fed tidak mempunyai alasan kukuh untuk mempertimbangkan penurunan kadar sebagai respons terhadap inflasi yang lemah, mendorong penjualan sederhana di Wall Street dan mendorong keuntungan bon lebih tinggi.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu sebanyak 142 berbanding 129, dengan 202 kaunter tidak berubah, 1,414 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 218.14 juta saham bernilai RM86.90 juta.

Bagaimanapun, kerugian telah dihadkan oleh kenaikan indeks dalam kebanyakan kaunter saham wajaran tinggi, Maybank dan saham mewah berkaitan sektor minyak dan gas terpilih seperti Petronas Chemicals dan PetGas, serta kaunter berkaitan kewangan seperti Hong Leong Bank dan Public Bank.

Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing naik satu sen kepada RM9.26 dan RM9.01, manakala PetGas naik 30 sen kepada RM17.98.

Loading...