Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Media Berkuasa Pengaruhi Pengguna...

KANGAR - Media berkuasa dan mempunyai pengaruh kuat dalam membantu pengguna dan gerakan...

PPBM N.Sembilan Desak Adakan...

SEREMBAN — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan mendesak pucuk pimpinan tertinggi...

Syarikat Air Negeri Diarah...

PUTRAJAYA - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) mengarahkan kesemua syarikat air...

AS Jual Dron Risikan...

PETALING JAYA - Malaysia membeli 12 dron pengawasan bernilai AS$19 juta (RM79.5 juta)...

Bursa Malaysia Dibuka Dalam Momentum Tinggi

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini, meneruskan momentum meningkatnya, selari sentimen positif dalam pasaran.

Pada 9.05 pagi, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.21 mata kepada 1,653.54 berbanding 1,649.33 pada 5 petang Jumaat.

Indeks utama dibuka 2.60 mata lebih tinggi kepada 1,651.93.

Kedudukan pasaran positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 206 berbanding 54, manakala 121 kaunter tidak berubah, 1,509 tidak diniagakan dan 28 lagi digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 04.91 juta bernilai RM48.64 juta.

Malacca Securities Sdn. Bhd. berkata pasaran dijangka menyaksikan aliran menaik dalam jangka terdekat, dengan pasaran saham tempatan mengekori peningkatan indeks luar negara susulan rundingan baharu mengenai pengurangan kadar faedah AS, yang boleh memberi dorongan untuk belian segera.

Keyakinan ini mengetepikan sementara kebimbangan berterusan terhadap perang perdagangan AS-China serta kesan persekitaran ekonomi global yang perlahan, katanya.

“Sejak kebelakangan ini pelabur asing membuat belian ke atas portfolio, yang dapat memberikan sedikit ketenangan kepada persekitaran pasaran Malaysia, walaupun hanya perubahan kecil ke atas asas korporat Malaysia selepas musim pelaporan keputusan baru-baru ini .

“Oleh itu, sebahagian besar keuntungan yang akan datang adalah hasil daripada perkembangan pasaran luar negara,” katanya dalam nota hari ini.


Paras rintangan FBM KLCI berada pada 1,657 dan 1,664, manakala sokongan pada 1,644 dan 1,639, katanya.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank meningkat tiga sen kepada RM9.02, Public Bank dan Tenaga masing-masing menambah lapan sen kepada RM23.50 dan RM12.86, CIMB naik tiga sen kepada RM5.31 manakala Petronas Chemicals tidak berubah pada RM8.40.

Bagi saham aktif, Ekovest melonjak dua sen kepada 81 sen, SinoHua-An International meningkat satu sen kepada 18.5 sen, AirAsia X naik setengah sen kepada 24.5 sen, Impiana Hotels susut setengah sen kepada 3.5 sen manakala IRIS Corporation tidak berubah pada 15.5 sen.

Indeks FBM Emas menokok 35.18 mata kepada 11,615.83, Indeks FBMT 100 meningkat 32.16 mata kepada 11,472.58 manakala Indeks FBM Emas Syariah menambah 28.61 mata kepada 11,819.05.

FBM 70 meningkat 52.12 mata kepada 14,279.44 dan FBM Ace menokok 39.01 mata kepada 4,303.15.

Kategori