Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hadiah Kereta Mewah ‘Beli’...

PUTRAJAYA - Hadiahkan 'koleksi' kereta mewah kepada segelintir kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)...

Serpihan Pesawat Disyaki Milik...

BANGKOK - Serpihan yang disyaki bangkai pesawat telah dijumpai di bahagian pantai selatan...

Salleh Dedah Matlamat Politik...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad nampaknya cuba menepis...

Terserah Kepada Universiti Ambil...

LANGKAWI - Kementerian Pendidikan Tinggi menyerahkan kepada pihak universiti untuk mengambil tindakan sewajarnya...

Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-Campur

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur dalam keadaan prestasi pasaran saham serantau yang kukuh dan penurunan di Wall Street semalaman.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.36 mata daripada paras penutup 1,674.52 pada Khamis.

Indeks itu dibuka naik 0.07 mata kepada 1,674.59 mata.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 149 berbanding 91, manakala 186 kaunter kekal tidak berubah, 1,478 tidak diniagakan dan 44 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 328.48 juta saham bernilai RM74.48 juta.

Public Investment Bank Bhd. berkata, bursa tempatan dipengaruhi oleh prestasi Wall Street semalaman yang menyaksikan saham Amerika Syarikat itu diniagakan rendah, mengakhiri peningkatan tiga hari berturut-turutnya yang melonjakkan indeks S&P 500 ke paras tertingginya sejak November.

Di peringkat serantau, Indeks Strait Times Singapura naik 0.09 peratus kepada 3,200.70, Nikkei Jepun menambah 0.86 peratus kepada 21,470.06 dan Hang Seng Hong Kong meningkat 0.15 peratus kepada 28,851.391.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM9.49, Tenaga meningkat dua sen kepada RM12.66, PBBank tidak berubah pada RM24.44 manakala PChem turun enam sen kepada RM9.19.


Dalam kalangan kaunter cergas, kaunter tenaga, BornOil dan Sapnrg naik setengah sen setiap satu masing-masing kepada 4.5 sen dan 35.5 sen, PWorth meningkat 1.5 sen kepada enam sen dan HuaAn berkurangan satu sen kepada 28 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 4.09 mata kepada 11,715.28, FBMT 100 menokok 0.83 mata kepada 11,556.57, dan FBM 70 menambah 14.63 mata kepada 14,143.84.

Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 4.18 mata kepada 11,689.24 dan Indeks FBM Ace susut 2.44 mata kepada 4,793.11.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 33.19 mata kepada 17,503.43 tetapi Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.10 mata kepada 170.12 dan Indeks Perladangan jatuh 8.11 mata kepada 7,210.31.

Kategori