Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Panik Dengan Kes...

JOHOR BAHARU - Orang ramai tidak perlu panik dengan kes demam kepialu sebaliknya...

Umat Islam Bersatu Solidariti...

PUTRAJAYA - Khutbah khas solat Jumaat di Masjid Putra di sini, hari ini...

Jururawat Adalah Wira, Wirawati...

KUALA LUMPUR - Pengorbanan yang dilakukan oleh jururawat ketika negara sedang berhadapan dengan...

Jadual Padat Menanti PM...

WASHINGTON DC - Selain bertemu Presiden Donald Trump dalam lawatan kerja ke Amerika Syarikat...

Bunyi Letupan Sebelum Pusat Mengundi Terbakar

GEMPAR… Seorang saksi terdengar bunyi letupan sebelum berlaku kebakaran kecil di dewan mengundi Sekolah Kebangsan Jalan U3 Subang Perdana kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

Insiden itu sekali gus merencatkan proses pengundian bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh dan DUN Kota Damansara serta menyebabkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa menangguhkan beberapa minit.

Kejadian tersebut berlaku ketika proses pengundian bagi saluran satu sedang berjalan yang dipercayai berpunca daripada litar lintas.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, kebakaran kecil tersebut hanya melibatkan sebuah lampu kalimantang di dalam dewan berkenaan.

“Dewan itu merupakan pusat pengundian bagi Parlimen Sungai Buloh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan api berjaya dipadam sepenuhnya oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik,” katanya pada akhbar tempatan.


Sementara itu, lampu sementara digunakan bagi meneruskan proses pengundian seperti biasa tanpa menunggu masa yang terlalu lama.

Bagaimanapun, tidak dapat dikenal pasti sama ada saluran mengundi akan ditukarkan ke bahagian lain atau masih di tempat yang sama.

Pihak bomba dan penyelamat masih berada di lokasi bagi memastikan keselamatan pengundi dan tempat terjamin.

Terdahulu, kejadian kebakaran juga pernah berlaku di pusat penamaan calon Parlimen Tenom, Kota Kinabalu, Sabah apabila berlaku kebocoran pada hos dapur gas sebelum pihak bomba berjaya meredakan kebakaran. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori