Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Taknak Terus Kecoh, Ismail...

EKORAN gambar yang dimuat naik oleh pendatang baharu, Ismail Izani sehingga tular menjadi...

Video: Pekerja 7E Dibelasah...

GARA-GARA isu kad tambah nilai, seorang pekerja kedai serbaneka 24 jam dibelasah teruk...

Muhyiddin: Saya Tidak Akan...

Pengerusi Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata dia tidak berhasrat kembali semula ke pangkuan Umno...

Nik Nazmi Gembira Jadi...

KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad gembira...

Bunuh Isteri, Sembunyi Mayat Bawah Katil & Lakukan Seks

LELAKI ini, Loyd Dejohn, 48, memang seorang yang kejam dan tidak berhati perut.

Dia telah membunuh isterinya, Kimberley dan kemudian membawa masuk kekasihnya yang juga sepupunya yang berusia 25 tahun, Anjelica Gonzales ke rumah mereka di Michigan.

Malah ketika kedua-duanya melakukan seks, mayat Kimberley masih disembunyikan di bawah katil.

Ketika perbicaraan di mahkamah, hakim diberitahu bahawa Lyod telah mencekik, menikam dan memukul Kimberley hingga mati dan kemudian menyembunyikan mayat wanita itu di rumah mereka.

Pada masa sama kakak Kimberley telah membuat laporan polis mengenai kehilangan adiknya.

Menurut pendakwaraya, Lyod sebelum ini telah menyuarakan hasrat untuk membunuh isterinya dan pernah memberitahu rakan sekerjanya bahawa mayat isterinya akan diberikan kepada anjing untuk dimakan.

Dalam pada itu, Anjelica ketika memberikan keterangan di mahkamah berkata, ketika dia bertanya kepada Lyod di manakah isterinya berada, lelaki itu memberitahu bahawa Kimberley tidak akan kembali ke rumah itu lagi.


Pasangan kekasih itu kemudiannya melakukan seks beberapa kali dalam masa dua minggu ketika mayat Kimberley berada di rumah terbabit.

Lyod hanya memindahkan mayat Kimberley selepas Anjelica mengadu mengenai bau busuk umpama daging reput.

Mayat Kimberley ditanam berhampiran rumah neneknya dan ia hanya ditemui tidak lama kemudian selepas polis mendapat maklumat.

Perbicaraan kes bunuh itu bersambung. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori