Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Subsidi RBR1M Di Kelantan...

PASIR PUTEH - Seramai 7,155 pemilik Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di negeri...

Kerajaan Johor Mungkin Beli...

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan membeli beberapa aset milik Khazanah...

Mesyuarat Khas Bincang Kerja...

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan berhubung tindakan membenarkan pekerja sama ada terus bekerja...

Kanak-Kanak Hidap Penyakit Pelik,...

Mungkin sesetengah individu terutama yang menjaga bentuk badan mengimpikan rasa kenyang agar keinginan...

Bunuh Isteri: Pengacara Rancangan Jenayah Dipenjara

BEKAS pengacara rancangan jenayah ‘India’s Most Wanted’ telah dipenjarakan selepas didapati membunuh isterinya dengan cara menikam wanita terbabit.

Suhaib Ilyasi, 51, dihukum penjara seumur hidup selepas mengaku membunuh Anju pada tahun 2000.

Mayat Anju, yang ketika itu berusia 30 tahun, ditemui di kediaman mereka di East Delhi.

Ketika itu, Suhaib memberitahu polis bahawa isterinya telah membunuh diri selepas bergaduh dengannya namun dia ditangkap selepas keluarga mertuanya mendakwa Suhaib selalu mendera isterinya disebabkan wang dowry.

Suhaib pada mulanya didakwa di bawah seksyen 304 B (kematian akibat dowry) dan kesalahan kerana berlaku kejam kepada isterinya serta menyembunyikan bukti.


Bagaimanapun pada 2014, mahkamah memutuskan Suhaib sepatutnya didakwa kerana membunuh selepas mendapat petisyen daripada ibu Anju.

Selain hukuman penjara seumur hidup, Suhaib juga diarahkan membayar pampasan sebanyak ÂŁ11,600 kepada keluarga isterinya. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • bunuh

Kategori