Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kumpulan Ibu Rusuh Bakar...

HARYANA (India) - Kumpulan ibu di sebuah kampung yang berang apabila lelaki dalam...

Ibu Tunggal Tunai Impian...

NIBONG TEBAL - Walaupun permohonan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM)...

Darurat Batu Sapi: Kehidupan...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kehidupan rakyat akan berjalan...

Melaka Antara 18 Kawasan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 18 kawasan di beberapa negeri di Semenanjung serta Sarawak...

Bunuh Ibu Maksiat Dengan Jantan Lain Di Rumah

JAKARTA – Seorang pemuda hilang pertimbangan apabila sanggup menetak ibunya sehingga mati dalam kejadian yang menggemparkan di wilayah Sumatera, baru-baru ini.

Tribunnews melaporkan, kejadian ngeri itu berlaku di rumah wanita terbabit di Kecamatan Tanjungkarang Barat di Bandar Lampung.

Siasatan awal polis mendapati, suspek dikenali sebagai Agus Wulansah, 25, berang kerana mendakwa sering dihina ibunya setiap kali mengerjakan solat atau membaca kitab suci al-Quran.

Ketua Polis Bandar Lampung, Asisten Komisoner Budi Pitono berkata, pemuda itu turut mengaku menyerang ibunya iaitu Eti Yulia, 48, dengan menggunakan golok atau parang pendek.

“Mangsa yang berusia 48 tahun meninggal dunia kerana mengalami luka tetakan yang dalam. Kami masih menyiasat dan menunggu hasil pemeriksaan kesihatan mental suspek,” katanya.

Tambahnya lagi, Agus turut mendakwa wanita yang dibunuh itu bukan ibu kandungnya, sebaliknya jelmaan syaitan yang menyerupai ibunya.

“Suspek mengatakan wanita yang dibunuhnya itu bukan ibunya, tetapi makhluk halus yang menyamar sebagai ibunya,” kata Budi.


Pemuda itu turut memberitahu yang dia sedikit pun tidak rasa bersalah apatah lagi menyesal selepas membunuh wanita yang melahirkannya.

“Dia sedikit pun tidak menyesal atas perbuatannya,” kata Budi lagi.

Difahamkan, mangsa yang telah bercerai dengan suaminya sering membawa pulang lelaki tidak dikenali ke dalam rumah dan perkara itu tidak disenangi Agus.

“Ayah pun dah tak ingin ibu kembali sebab dia sering membuat maksiat bersama lelaki lain,” kata suspek. – MYNEWSHUB.CC

Kategori