Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PAS: Senjata Mainan Untuk...

Ahmad Fadhli Shaari mempertahankan tindakan pihak sebuah sekolah menggunakan senjata mainan sebagai peralatan...

Restoran Pizza Vs Satay,...

KITA mesti pernah mengalami situasi di mana ketika kita ingin menjamah masakan tempatan,...

Kemalasan Punca Kematian Nombor...

GAYA hidup masyarakat Britain yang kurang aktif dan tidak rajin bersenam dilaporkan menjadi...

Perkhidmatan Komuter Batu Caves-Seremban...

KUALA LUMPUR - Gangguan perkhidmatan KTM Komuter yang berlaku pada pukul 7.30 pagi...

Bunuh Diri Sebab Suami Enggan Teman ‘Shopping’

SEORANG wanita di India sanggup membunuh diri selepas suaminya tidak dapat menemaninya untuk keluar membeli belah.

Kejadian mengejutkan itu berlaku selepas si suami, Deepak Dwivedi memberitahu isterinya, Deepika bahawa dia tidak boleh membawa isterinya keluar sehingga hari minggu disebabkan kesibukan kerja.

Deepak bekerja dengan jabatan pendidikan dan dia telah memaklumkan kepada isterinya bahawa rancangan untuk membeli belah itu ditunda sehari lagi.

Deepika, 23, yang sangat marah telah mengurung diri di dalam bilik di rumah mereka di Lucknow, Uttar Pradesh.

Pintu bilik itu dikunci dari dalam, sementara Deepak yang baru pulang dari kerja telah di ruang tamu sehingga ke pagi.

Apabila Deepak gagal membuka pintu bilik, dia telah memecahkan pintu berkenaan dan mendapati isterinya telah meninggal dunia.


“Sepupu Deepika akan berkahwin pada bulan depan jadi dia mahu membeli belah untuk majlis perkahwinan itu,’’ kata Deepak kepada Daily Bhaskar.

Jelasnya, Deepika ada meminta untuk membawanya keluar membeli belah namun disebabkan dia mempunyai banyak kerja maka Deepak menjadi letih.

Dia berkahwin dengan isterinya setahun lalu dan menetap bersama ibu bapanya. – Mynewshub.cc

Kategori