Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pengamal Perubatan Tradisional Didakwa...

AMPANG JAYA: Seorang pengamal perubatan tradisional dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, di sini,...

KPDNKK Rampas Susu Rumusan...

KULAI - Sebanyak 210 kotak susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dirampas dalam...

2 Maut, 2 Cedera...

KEMAMAN - Dua maut manakala dua lagi terselamat selepas kenderaan pacuan empat roda...

Abdul Wahab: Ulat Keluar...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles PAGI itu, entah kenapa Abdul Wahab Abdul Hamid terasa...

Bunuh CEO Cradle Fund: Polis Tunggu Laporan Bedah Siasat Kedua

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu laporan penuh bedah siasat kedua bekas CEO Cradle Fund Sdn Bhd Allahyarham Nazrin Hassan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata keputusan laporan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Proses bedah siasat itu selesai sepenuhnya semalam. Sekarang ahli patologi sedang menyiapkan laporan penuh dan akan selesai dalam masa terdekat.

“Selepas itu, baru tindakan susulan akan dilakukan berdasar laporan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Terdahulu, jenazah Nazrin selamat dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara pada 12.30 tengah hari ini selepas melalui proses bedah siasat kedua selama lapan hari.

Jenazah yang tiba pada pukul 11.35 pagi itu diiringi dua motosikal pengiring dan sebuah kenderaan polis.

Selasa lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata jenazah Nazrin akan dikebumikan semula Jumaat lepas selepas proses bedah siasat kali kedua itu dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas digali keluar pada Isnin lepas.


Bagaimanapun, proses bedah siasat itu mengambil tempoh lebih lama menyebabkan pengebumian semula itu terpaksa ditunda ke hari ini.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 1 Okt membenarkan permohonan polis untuk menggali semula kubur Allahyarham Nazrin bagi membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan untuk membantu siasatan polis berhubung kematiannya itu.

Pada 3 Ogos lepas, kematian Nazrin diklasifikasi sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran.

Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, Petaling Jaya, pada 14 Jun lepas yang pada mulanya dilaporkan sebagai berpunca daripada letupan telefon bimbitnya. – BERNAMA

Kategori