Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Video: ‘Anjing’ Ini Yang...

KES langgar lari seperti tiada berkesudahan dan terima kasih kepada rakaman kamera litar...

Enjin Pesawat Meletup, Seorang...

PHILADELPHIA - Enjin pesawat Southwest Airlines dari New York ke Dallas meletup menyebabkan...

Laos Mohon Dataran Kendi...

VIENTIANE - Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos telah mengadakan mesyuarat kebangsaan di...

Bini Dibelasah Suami Setiap...

INI memang suami durjana. Lelaki ini, Pedro Heriberto Galeano akan memukul bininya setiap...

Bunuh Abang: Adik, Teman Lelaki Direman 6 Hari

TAIPING – Seorang remaja perempuan dan teman lelakinya ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan kes penemuan mayat remaja lelaki berusia 16 tahun yang disyaki dibunuh di Taman Glenview di Kamunting di sini semalam.

Perintah tahanan reman ke atas remaja perempuan berusia 14 tahun dan teman lelakinya berusia 15 tahun itu dikeluarkan oleh Penolang Kanan Pendaftar, Nurul Hidayah Ismail di Mahkamah Majistret Taiping di sini hari ini.

Kedua-dua suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu itu dibawa ke mahkamah pada pukul 8.30 pagi dengan diiringi anggota polis.

Mereka yang diberkas semalam ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian pada pukul 12.18 tengah hari semalam, mayat, S. Sritharan yang dibalut plastik ditemukan dengan kesan kelar di leher dan kedua-dua pergelangan tangan di belakang sebuah rumah kosong yang terletak bersebelahan rumahnya.


Mayat pelajar tingkatan empat itu dijumpai bapanya setelah dua hari dia dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumah selepas ke sekolah Jumaat lalu.

Siasatan polis kemudiannya telah membawa kepada penangkapan kedua-dua suspek di mana seorang daripadanya adalah adik perempuan mangsa serta teman lelaki yang mengaku telah membunuh mangsa.

Difahamkan, kejadian itu berlaku gara-gara pergaduhan yang dikatakan berpunca daripada telefon bimbit antara mangsa dan kedua-dua suspek.

Kategori