Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Tolak Permohonan KDN...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN)...

SPRM Larang Pembangkang Adakan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) melarang parti pembangkang daripada mengadakan...

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air...

SKMM Perlu Ambil Tindakan...

IPOH - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta Suruhanjaya...

Bungkusan Curiga Ke Konsulat Asing Di Australia

SYDNEY – Pihak berkuasa Australia sedang menyiasat bungkusan mencurigakan dihantar ke beberapa kedutaan asing di Melbourne, termasuk Amerika Syarikat (AS), Britain, Switzerland dan Jerman, lapor media tempatan hari ini.

Imej diambil saluran 9News menunjukkan anggota bomba dan paramedik berada di luar bangunan misi India dan AS di Melbourne, bandar kedua terbesar Australia. Tiada laporan jika bungkusan itu menjejaskan mana-mana kakitangan.

Polis Persekutuan Australia mengesahkan dalam satu kenyataan, beberapa bungkusan mencurigakan dihantar ke kedutaan dan konsulat di Canberra dan Melbourne hari ini.

Polis berkata, bungkusan itu sedang diteliti dan situasi di sekitar insiden sedang disiasat.

Sementara itu, seorang jurucakap Pesuruhjaya Tinggi British mengesahkan, pejabatnya di Melbourne menerima bungkusan mencurigakan.

“Kami berhubung rapat dengan AFP (Polis Persekutuan Australia) dan pihak berkuasa tempatan berkaitan situasi itu. Semua kakitangan kami selamat,” katanya. – Reuters

Kategori