Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aset RM20.5 Bilion 1MDB...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama dan bantuan agensi-agensi penguat kuasa antarabangsa...

Masa Terbaik MU Sambar...

MANCHESTER United dilapor berpeluang menyambar bintang Tottenham selepas pemain itu tidak berpuas hati...

13 Menteri Dan 23...

KUALA LUMPUR: Upacara mengangkat sumpah bagi jawatan yang sedang berlangsung di Istana Negara...

Agamawan Mengikut Acuan Barat

BARAT dalam misinya meracuni umat Islam dengan budaya mereka, amat jelas dan berjaga-jaga...

Bungkusan Letupan Kepada Obama, Clinton Dan CNN

NEW YORK – Barangan disyaki bahan letupan dihantar kepada bekas Presiden, Barack Obama dan calon Presiden kalah, Hillary Clinton dan CNN dengan jarak hanya beberapa jam, kurang dua minggu sebelum pilihan raya AS, kata pihak berkuasa, semalam.

Dua ahli Demokrat itu adalah tokoh politik berprofil tinggi di Amerika Syarikat (AS) dan negara itu akan mengadakan pilihan raya pada 6 November depan yang dilihat sebagai pungutan suara terhadap Presiden Republikan, Donald Trump.

Sejak dua tahun lalu, CNN kritikal terhadap pentadbiran Trump dan banyak mengkritik Republikan yang menggantikan Obama dan mengalahkan Clinton dalam pilihan raya 2016.

Akhbar New York Times melaporkan, bungkusan itu sama dengan alat letupan yang ditemui di rumah bilionair penaja liberal, George Soros di New York, Isnin lalu.

Di Florida, polis sedang menyiasat bungkusan meragukan berhampiran pejabat pembuat dasar Demokrat, Debbie Wasserman Schultz.


Dalam pada itu, Rumah Putih pantas mengutuk apa yang disifatkannya sebagai ‘perbuatan keji’ itu.

“Semua ini adalah tindakan terkutuk dan siapa yang bertanggungjawab akan didakwa mengikut undang-undang paling tegas. Presiden dan pentadbiran beliau sedang mengikuti perkembangan ini,” Kata Setiausaha Akhbar, Sarah Sanders. – AFP/BH ONLINE

Kategori