Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PAN Terengganu Turun Padang...

KEMAMAN – Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu akan menggerakkan lebih 100 anggotanya bagi...

Bursa Dijangka Diniagakan Tak...

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia dijangka meneruskan dagangan tidak menentunya dengan kecenderungan diniagakan...

SMART 2 Pelan Bendung...

Kuala Lumpur : Masalah banjir di Selangor memerlukan penyelesaian tuntas selepas kerugian akibat...

Ahmad Maslan, Peguam UMNO...

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bersama barisan peguam...

Bumi Bakal Berdepan Kepupusan Seranggga

LEBIH 40% spesies serangga boleh pupus dalam tempoh beberapa dekad akan datang, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik satu kajian baharu.

Kajian bertajuk “Worldwide decline of the entomofauna: A review of its drivers,” tulisan Francisco Sanchez-Bayo dari Universiti Sydney dan Kris Wyckhuys dari Akademi Sains Pertanian China itu mendedahkan 1/3 daripada spesies serangga berdepan ancaman serta kemerosotan jumlahnya mungkin mendatangkan satu kesan “katastrofik” terhadap bumi.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Biological Conservation mendedahkan kadar kepupusan serangga ialah 2.5% setahun, menunjukkan ia mungkin lenyap dalam tempoh seabad.

Para saintis memberi amaran kehilangan habitat semula jadi, penggunaan racun perosak dan baja di ladang serta pelepasan sisa dari kilang dan bandar adalah “pemacu utama” kemerosotan itu manakala spesies invasif serta perubahan iklim merupakan punca tambahan.

Laporan itu menyebut kadar kepupusan serangga ialah 8 kali lebih cepat berbanding unggas, mamalia dan reptilia sambil menambah Lepidoptera, order serangga yang merangkumi rama-rama dan kupu-kupu; Himenoptera, yang terdiri daripada lalat gergaji, penyengat, lebah dan semut, serta Koleoptera yang terdiri daripada kumbang tinja, adalah spesies paling terjejas.


Serangga, sumber makanan bagi kebanyakan spesies seperti unggas dan mamalia, amat penting kepada ekosistem bumi serta kitaran hidupan liar.

Para saintis terbabit menggesa agar tindakan pantas diambil bagi menghalang pelupusan besar-besaran ini daripada berlaku. – BERNAMA

Kategori