Buli Doktor: Pasukan Petugas Khas Diberi Tempoh Dua Bulan – Khairy

19

PETALING JAYA : Pasukan petugas khas diberi tempoh selama dua bulan untuk menyiasat isu buli di semua hospital di bawah Kementerian Kesihatan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ini selepas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengadakan lawatan bagi mendengar pengalaman doktor pelatih di Hospital Selayang, awal pagi tadi.

“Banyak perkara yang diluahkan kepada saya. Ada jabatan yang mempunyai budaya kerja yang bagus. Ada pula yang boleh diperbaiki.

“Petang nanti, saya umumkan anggota pasukan petugas bebas yang diberi masa dua bulan untuk siasat budaya kerja di hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan dan isu buli serta membuat syor untuk memperbaiki keadaan work culture di kementerian,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya.

Katanya lagi, beliau enggan melihat hospital-hospital di negara ini dibelenggu dengan budaya toksik dalam kalangan pegawai perubatan.


“Saya tidak mahu budaya kerja yang toksik di hospital-hospital. Zaman dahulu dan zaman sekarang lain.

“Budaya kerja mesti ada sikap hormat-menghormati, beri sokongan antara satu sama lain dan pemerkasaan.

“Bukan menganiaya dan memalukan mana-mana individu,” katanya.

-Utusan Online