Bulan Ramadan Pun Mahu Berbohong?

KUALA LUMPUR – Lebih baik buat majlis ikrar melunaskan janji daripada majlis sambutan satu tahun kemenangan Pakatan Harapan (PH).

Itu sindiran pemimpin UMNO, Datuk Dr. Puad Zakarshi yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Hak Ehwal Khas.

Malah beliau juga menyelar sikap PH menggunakan Masjid Putra di Putrajaya sebagai lokasi majlis berkenaan sehingga solat sunat tarawih malam ini terpaksa dipendekkan dari 20 kepada lapan rakaat.

“Di bulan Ramadan pun mahu berbohong lagi. Sudah tiga PRK, PH dikalahkan. Kenapa masih dibelenggu dengan denial syndrome. Beberapa kajian juga membuktikan rakyat semakin muak dengan pembohongan Kerajaan PH.

“Maka kenapa mahu disambut juga ‘Hari Kemenangan Rakyat’.

“Sepatutnya majlis kepartian seperti itu buatlah di tempat sendiri atau pun sewalah Dewan Konvensyen di PICC atau KLCC.

“Jangan pula malam ini akan turut dihadiri oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Maka berlakon lagilah kedua dua mereka untuk makan bersila dengan juak-juak PH,” ujarnya dalam satu kenyataan malam tadi.

Menurut Puad, sekiranya ada ucapan, ia sudah pasti mencemari bulan Ramadan dengan pembohongan kepada rakyat. – MalaysiaGazette

Loading...