Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

4,374 Rakyat Malaysia Masih...

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar masih berusaha membawa balik seramai 4,374 rakyat Malaysia...

Pakai Kuning Di TV,...

TEHERAN – Seorang ulama Iran, Hoseyn Khademian menimbulkan kekecohan di negara itu apabila...

Asyraf Wajdi Dilantik Jadi...

Umno hari ini melantik bekas ketua pemuda parti itu, Asyraf Wajdi Dusuki sebagai...

349 Penduduk Baling Dipindahkan...

BALING - Sebanyak 349 orang daripada 87 keluarga di 10 buah kampung sekitar...

Bulan Paling Dekat Bumi Sejak 1948 Muncul 14 November

KUALA LUMPUR – Tidak lama lagi, anda berpeluang untuk menyaksikan fenomena angkasa yang jarang berlaku malah kali terakhir ia dapat dilihat dengan mata kasar ialah pada 1948 lalu.

Pada 14 November ini, bulan bakal mengambang penuh serta paling besar dan terang dapat disaksikan dalam masa 70 tahun, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) di Amerika Syarikat (AS).

Fenomena yang dipanggil sebagai ‘supermoon’ itu berlaku apabila bulan muncul mengambang pada hari yang sama ketika berada di kedudukan paling dekat dengan planet Bumi, atau dalam istilah sainsnya dipanggil ‘perigee’.

Ia juga berlaku apabila matahari, bulan dan Bumi secara kebetulan berada sebaris ketika bulan sedang mengikut laluan orbit mengelilingi Bumi, sekali gus menyebabkan bulan seolah-olah ia berada betul-betul di atas kepala kita.

supermoon-2-data

Meskipun fenomena tersebut bukan sesuatu yang jarang berlaku, namun keistimewaan fenomena ‘supermoon’ pada 14 November ini ialah ia akan berlaku ketika bulan berada paling dekat dengan kedudukan Bumi sejak 1948.

Ini menjadikannya sebagai fenomena “extra-supermoon”, iaitu bulan akan kelihatan saiznya lebih besar malah disifatkan yang paling terang cahayanya berbanding ketika fenomena ‘supermoon’ sebelum ini, menurut NASA.

‘Supermoon’ pada 14 November ini dijangka kelihatan paling besar dan terang tepat pada pukul 1352 GMT (bersamaan 9.52 malam waktu Malaysia), menurut laporan portal berita sains antarabangsa sciencealert.com.

Bulan selepas ini tidak akan kelihatan sebegitu besar dan terang sehingga 25 November 2034. Bagi para pencinta astronomi di Malaysia, ‘supermoon’ boleh dilihat jelas di seluruh negara sekiranya langit tidak diliputi awan.


A full moon rises over the skyline of New York next to One World Trade Center in Lower Manhattan, as seen from the Eagle Rock Reservation in West Orange, New Jersey, April 26, 2013. REUTERS/Gary Hershorn (UNITED STATES - Tags: CITYSCAPE ENVIRONMENT TPX IMAGES OF THE DAY SOCIETY) - RTXZ1HL

“Anda boleh melihatnya dari mana-mana tempat asalkan mempunyai pemandangan langit yang baik,” kata Dr. Eileen Tan, Timbalan Pengarah Sains Fizikal di Pusat Sains Singapura kepada agensi berita MediaCorp Singapore.

‘Supermoon’ pada 14 November merupakan yang kedua dalam kalangan tiga fenomena itu tahun ini. ‘Supermoon’ yang pertama telah berlaku pada 16 Oktober dan yang seterusnya akan muncul pada 14 Disember, menurut NASA.

Bulan ialah satelit semula jadi dengan hanya bersaiz satu per empat daripada saiz Bumi dan beredar mengelilingi Bumi lengkap satu pusingan setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti Bumi.

Ia tiada sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya hasil pantulan cahaya matahari. Bulan memiliki 1/4 garis pusat Bumi bersamaan 3,476 kilometer dengan kekuatan graviti cuma 1/6 graviti Bumi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori