Bukti Jelas Darurat Tak Bantu Usaha Lawan Covid-19 – Najib

DARI FB NAJIB

KERAJAAN PN kata perlaksanaan Darurat dan penggantungan perlembagaan negara sejak lebih dua bulan lalu tidak memberi apa-apa kesan terhadap ekonomi Malaysia. Malah akan membantu ekonomi, kata menteri PN.

Tapi realitinya ialah sebaliknya.

Saya beri beberapa bukti.

1) Indeks Pembelian Pengurus (PMI)

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) adalah indeks arah aliran trend ekonomi dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Ia terdiri daripada indeks penyebaran yang merumuskan sama ada keadaan pasaran, seperti yang dilihat oleh pengurus pembelian, berkembang, tetap sama atau berkontrak. Tujuan PMI adalah untuk memberi maklumat tentang keadaan perniagaan semasa dan masa hadapan kepada pembuat keputusan, penganalisis, dan pelabur syarikat.

PMI utama adalah bilangan dari 0 hingga 100. PMI di atas 50 mewakili pengembangan apabila dibandingkan dengan bulan sebelumnya. Bacaan PMI di bawah 50 mewakili penguncupan, dan bacaan pada 50 menunjukkan tiada perubahan. https://ms.moneynx.com/purchasing-managersindex

Sektor pembuatan Malaysia tetap terjejas walaupun negara-negara lain telah pulih.

Malaysia terkesan dengan perlaksanaan Darurat dan gantung perlembagaan manakala Thailand terkesan dengan rusuhan dan demonstrasi besar-besaran melawan kerajaan sejak bulan Disember lalu.

Malah, Malaysia satu-satunya negara sahaja dalam ASEAN yang tetap merah di bawah paras 50 sepanjang tempoh 6 bulan lalu.

2) Pasaran saham Malaysia berbanding negara-negara jiran dan dunia.

Prestasi pasaran saham Malaysia antara paling corot dunia dalam tempoh 3 bulan lalu sejak darurat dilaksanakan dan perlembagaan negara digantung pada bulan Januari lalu.

Pasaran-pasaran saham lain dalam dunia selain Malaysia sedang mencatat paras paling tinggi dalam sejarah lanjutan dari Biden mengganti Trump dan perlaksanaan program pemberian vaksin Covid seluruh dunia.

Walaupun darurat telah dilaksanakan, bermula semalam dan secara rasmi, prestasi Malaysia melawan Covid-19 telah jatuh ke paras paling corot dalam ASEAN dari segi jumlah saiz penduduk.

Jelas membuktikan bahawa perlaksanaan darurat dan penggantungan perlembagaan tidak begitu membantu usaha melawan Covid-19.

Ini adalah realiti dan inilah “sains dan data” yang sebenar-benarnya.