Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Titah Agong Istiadat Pembukaan...

SEGALA pujian ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala Yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu....

UUM Jalin Kerjasama Dengan...

LANGKAWI - Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar (STHEM) Universiti Utara...

Najib Ucap Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada...

Wanita Idam Bibir Besar...

SELEPAS bersusah payah mengumpul wang, akhirnya Alia Byrne yang berusia 30 tahun ini mendapat...

Bukit Aman Lengkapkan Dokumentasi Bawa Pulang Sajjad

GOMBAK – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam proses melengkapkan segala dokumen bagi mengekstradisi usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajjad dari Thailand ke negara ini.

Sajjad sebelum ini dikategorikan sebagai orang dikehendaki selepas Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan waran tangkap kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu selepas kes berkenaan disiasat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata pada masa ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Peguam Negara dan Kementerian Luar untuk membolehkan proses membawa pulang Nur Sajjad berjalan lancar.

“Ia bagi memberi kuasa kepada pihak PDRM untuk membolehkan Nur Sajjad dibawa pulang mengikut saluran undang-undang antarabangsa.

“Berdasarkan maklumat kita terima, Muhammad Sajjad memaklumkan kepada pihak berkuasa Thailand bahawa beliau adalah pelarian selepas memiliki kad Suruhanjaya Pelarian Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR),” katanya pada sidang media di Rawang, di sini, hari ini.

Abd Jalil menasihatkan Muhammad Sajjad supaya pulang secara baik supaya pendakwaan kes yang sedang dihadapinya dapat diselesaikan. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori