Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Dua Rakan Didakwa Samun...

KUALA LUMPUR - Dua rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Kerajaan Akan Teruskan PERMATA...

PROGRAM Permata Negara (PERMATA) perlu diteruskan kerana dianggap sebuah program yang baik dalam meningkatkan...

Kejadian Tanah Runtuh Di...

KUALA LUMPUR - Berikut kejadian tanah runtuh yang dilaporkan berlaku di Lebuhraya Karak...

Baru Nak Bina Nama,...

MUNGKIN anda tidak mengenali siapakah penyanyi bernama Mizio Cheekie atau nama sebenarnya, Muzaffar...

Bukankah SPV Struktur Kewangan, Kenapa Urus Bisnes Hotel? – Najib

KUALA LUMPUR – Kenyataan Lembaga Tabung Haji (TH) yang menjelaskan empat rangkaian TH Hotel & Residence Sdn. Bhd. sudah tidak lagi di bawahnya sebaliknya di bawah syarikat tujuan khas (SPV) milik Kementerian Kewangan dipersoalkan oleh Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Najib, bukankah kerajaan sebelum ini menyatakan SPV itu cuma menstrukturkan semula kewangan TH, oleh itu entiti berkenaan dipanggil SPV.

“Kenapa pulak syarikat SPV cebur diri dalam usaha untuk membina jenama hotel baru serta pengurusan bisnes hotel pulak.

“Lagipun, adakah syarikat baru serta pengurusan yang baru di bawah Kementerian Kewangan lebih pandai untuk mengurus hotel berbanding TH Hotel?

“Kementerian kewangan lagi cekap dalam perniagaan hotel berbanding Tabung Haji?” soalnya lagi dalam satu kenyataan di sini.

Ahli Parlimen Pekan itu turut menekankan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif TH Hotel yang memaklumkan operasi hotel-hotel tersebut dihentikan dan kakitangan terpaksa diberhentikan.

Malah, dakwanya, posting Facebook ‘Menteri Haji’ semalam turut mengesahkan operasi hotel-hotel dihentikan serta memberi alasan kenapa dihentikan.


“Setelah dikecam satu malam, tiba-tiba Tabung Haji keluarkan kenyataan media pagi tadi untuk kata operasi hotel-hotel tidak dihentikan pulak.

“Cuma hotel-hotel dipindah milik pengurusan hotel tidak lagi bawah TH dan nama TH hotel ditukar. (maksudnya sudah jual lah tu).

“Hotel-hotel dipindahkan dan akan diuruskan oleh anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Kerajaan “bagi mengurangkan komitmen kerajaan”, kata Tabung Haji. (Yeah.. pindah ke kerajaan untuk mengurangkan komitmen kerajaan),” ujarnya.

Beliau turut bertanya mana kenyataan media Tabung Haji yang menafikan 76.2% keluasan ladang milik TH Plantations sedang dijual. – MalaysiaGazette

Kategori