Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wanita UMNO Mahu Presiden,...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita UMNO yang mengadakan perhimpunan agung di sini hari...

Meninggal Dunia Beberapa Jam...

RANCANGAN televisyen Today Show cuba memenuhi hasrat seorang pesakit kanser tulang berusia 22...

Isteri Berguling Sejam Atas...

GARA-GARA tidak mahu suaminya ditangkap polis, seorang wanita di China tiba-tiba ‘sawan’ berguling-guling...

Hina Produk Pengusaha Melayu,...

SEORANG wanita yang dikenali sebagai Bella yang namanya menjadi viral baru-baru ini tampil...

Bukankah RM500 Diluluskan Parlimen? – CUEPACS

BAYARAN khas RM500 untuk penjawat awam yang diluluskan Parlimen menerusi pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober tahun lalu disifatkan sebagai perangkaan rasmi negara.

Justeru Presiden Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, bayaran khas bagi bantu lebih 1.6 juta kakitangan sektor awam menjelang Aidilfitri itu ialah sebahagian peruntukan belanjawan.

“Hari ini, kerajaan baharu kita buat pemotongan RM100 daripada peruntukan yang diluluskan Parlimen. Itu pemerhatian CUEPACS.

“Dalam keadaan ketika ini, ahli kita mengharapkan bantuan berkenaan sempena lebaran, namun ia tidak bermaksud CUEPACS membantah.

“Kita jangkakan lebih daripada itu, sebaliknya sekadar RM400,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018 mengumumkan bayaran khas RM1,500 kepada penjawat awam, iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 menjelang Aidilfitri.

Sementara itu, pesara kerajaan menerima bayaran khas sebanyak RM750, iaitu RM500 diberikan pada Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri bagaimanapun mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan bayaran khas RM400 kepada kakitangan awam Gred 41 ke bawah, manakala RM200 untuk pesara kerajaan.


Ditanya sama ada pemotongan RM100 itu perlu disalurkan kemudian, Azih berkata, harapan CUEPACS kepada kerajaan untuk merencana penambahbaikan terhadap sektor awam pada masa depan masih panjang.

Sehubungan itu, katanya, bantuan bersesuaian dengan kadar lebih baik berkemungkinan berupaya disalurkan di peringkat persekutuan bagi memperkasa penjawat awam.

“Apa pun, terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan kerana prihatin menjelang Aidilfitri yang bakal tiba dalam 15 hari lagi.

“Jualan pun sudah nak habis, justeru pemberian ‘bonus’ raya ini dapatlah memberi peluang kepada penjawat kerajaan beli barang keperluan untuk anak-anak mereka.

“Ini sangat ditunggu-tunggu penjawat awam. Terima kasih Tun Dr. Mahathir dan kerajaan kerana prihatin kepada penjawat awam,” katanya. – myMetro Online

Kategori