Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

RM60.7 Juta Lesap Dari...

BANDAR MEXICO - Penggodam yang mensasarkan sistem pembayaran antara bank di Mexico berjaya...

Mata Sepet Punca Pasport...

WELLINGTON - Richard Lee merupakan lelaki berketurunan Asia yang sudah lama menetap di...

Presiden Perancis Diberi Sambutan...

KUALA LUMPUR - Presiden Perancis Francois Hollande, yang dalam rangka lawatan dua hari...

Umat Islam Perlu Kukuh...

ALOR SETAR - Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah menyeru umat...

“Bukan Tak Mampu, Jerawat Sebab Hormon” – Haqiem

NETIZEN yang kolot ni diibaratkan seperti parasit yang sering mencari kesalahan dan menjatuhkan seseorang. Bukan hanya orang biasa, golongan selebriti pun turut menjadi ‘mangsa’ mereka.

Hanya kerana jerawat di wajahnya, penyanyi muda berbakat besar, yang juga pemilik suara lagu ‘berhantu’ Tergantung Sepi itu dikritik teruk oleh netizen.

Namun, bagi Haqiem Rusli dia telah berjaya menepis dakwaan yang kononnya dia mengabaikan aspek penampilan sehingga menyebabkan wajahnya berjerawat.

Bagaimana pun, pada mulanya remaja berusia 19 tahun itu masih berasa agak tertekan dengan kritikan netizen di media sosial baru-baru ini.

“Saya dapat tahu mengenai kritikan itu selepas membuat persembahan pada minggu kedua separuh akhir Muzik-Muzik ke-32 sebelum ini.

Saya tertekan apabila mereka mendakwa saya tidak mampu membeli ubat jerawat tetapi mampu beli kereta pula.

“Namun, lama-kelamaan saya sudah okey dan tidak mahu cepat melatah dengan kritikan netizen itu,” katanya dipetik daripada Harian Metro.

Menurut bekas naib juara rancangan Idola Kecil TV9 musim pertama itu, dia sudah pun merujuk dengan doktor mengenai masalah yang dialaminya itu.

“Doktor juga memberitahu masalah jerawat di wajah saya ini kerana perubahan hormon dan ia adalah perkara biasa untuk remaja seusia,” ujarnya.

Jadi tak pelik pun rasanya kalau kulit wajah Haqiem ditumbuhi jerawat. Sama sahaja seperti remaja yang seusia dengannya.


Haihh… Netizen ni pun. Sebabkan jerawat pun jadi masalah besar bagi mereka ni. Macam lah tak pernah ada jerawat dekat muka kan!

Dalam masa yang sama, ada juga yang turut mempertikaikan nyanyian Haqiem ketika semi final program Muzik-Muzik baru-baru ini.

Tambah Haqiem, sebab dia memilih untuk menukar sedikit lenggok bagi lagu Tergantung Sepi ketika itu ialah bertujuan untuk mengelak  daripada terdapat kecacatan ketika persembahan live itu.

“Ramai cakap kena saya tak tarik part ori Tergantung Sepi. Sejujurnya kalau saya tarik part ori tu, macam tinggi. Saya pun menyesal buat tinggi waktu kat studio. Memang salah saya pun sebenarnya waktu dekat studio tu.

“Tapi better saya buat macam tu sebab takut nanti keluar suara ayam. Kalau tarik part ori, nanti pecah lagi malu,” katanya menerusi temu bual bersama dengan Budiey.Com

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Haqiem kerana lagu Tergantung Sepi nyanyiannya telah layak ke final Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) yang dengarnya bakal diadakan awal tahun hadapan.

Bukan mudah bagi penyanyi muda sepertinya untuk melayakkan diri dalam pertandingan yang berprestij seperti itu. Itulah dinamakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu kan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori