Bukan Saya Lantik Azam Baki – Muhyiddin

74

PUTRAJAYA : Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pihak tertentu tidak mengheret beliau dalam kontroversi pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Menurutnya, walaupun pelantikan Azam dibuat ketika beliau menerajui negara, ia melalui proses sepatutnya.

“Bukan saya yang lantik tetapi diperakui oleh jawatankuasa iaitu Ketua Setiausaha Negara ketika itu yang mengemukakan cadangan namanya,” katanya pada sidang akhbar mesyuarat Majlis Pemulihan Negara di sini pada Isnin.

-Awani