Bukan Hipokrit, Tasha Nak Berubah Untuk Diri Sendiri

AKIBAT kontoversi panas selepas memuat naik gambar ‘belanja belakang’, Tasha Shila dikatakan mempunyai impian untuk berubah ke arah kebaikan.

Baca: Tasha Shilla ‘Belanja’ Lagi, Teruk Dikritik Netizen

Menurut Tasha atau nama sebenanrya, Natasha Sheila Abdul Razak, 30, mengakui bahawa dia mahu berubah namun dia tidak mahu perubahannya itu disebabkan desakan orang lain.

“Saya tidak mahu melakukannya hanya kerana takut dengan umpat keji manusia sedangkan hati tidak ikhlas. Berikan saya masa kerana saya juga ingin berubah,” katanya dipetik daripada BH Online.

Walaupun ramai yang menegur dirinya yang semakin lama semakin seksi, dia sendiri akui satu hari nanti dia akan lakukan perubahan dengan hati yang ikhlas sepenuhnya.

“Jangan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman hanya kerana saya suka tampil seksi. Mungkin dulu saya suka mencetuskan kontroversi, tetapi saya juga ada maruah dan harga diri.

“Saya bukan budak-budak lagi,” ujarnya lagi. Bagi Tasha, dia memuat naik gambar seksi sebelum ini bukanlah bertujuan untuk mencari publisiti murahan semata-mata.

Sebaliknya itu ialah diri seorang Tasha Shila yang sebenar iaitu seorang wanita yang seksi.

“Saya bukan manusia hipokrit dan hanya mahu menjadi diri sendiri. Saya tidak rasa pakaian yang digayakan itu keterlaluan seolah-olah sengaja mencari perhatian umum.

“Bagi yang mengenali, mereka tahu cara pemakaian yang saya selesa. Gambar itu diambil ketika saya bersama ibu dan adik bercuti di Pulau Langkawi dan Koh Lipe, Thailand.

“Saya tidak boleh elak dikecam netizen. Saya sudah lali kerana mulut tempayan boleh ditutup, tetapi tidak mulut manusia,” ujarnya lagi yang tidak lari dengan kontroversi kerana penampilan dirinya itu.

Sememangnya melakukan perubahan ke jalan kebenaran itu bukanlah mudah bagi sesetengah orang.

Tetapi setiap manusia pastu ada terdetik di dalam hati mereka untuk menjadi seorang manusia yang lebih berguna dan beramal kepada Yang Maha Pencipta.

Biarlah kalau nak berubah tu biarlah kerana diri sendiri dan kerana Allah S.W.T. Jangan berubah hanya kerana orang lain.

Ianya bukan sahaja menjadi tidak ikhlas, malah menjadi lebih sukar untuk terus istiqamah. – MYNEWSHUB.CC/AH