Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hospital Swasta Pemangkin Perpaduan...

KUALA LUMPUR - Hospital swasta di negara ini mempunyai peranan sebagai pemangkin kepada...

Polis Labuan Bongkar Sindiket...

LABUAN - Polis Labuan berjaya membongkar kegiatan pinjaman wang secara haram yang dijalankan...

Rakyat Kajang Gesa Hentikan...

SHAH ALAM - Baharu dua tahun menjadi wakil rakyat, penduduk Kajang mula mempersoalkan...

VIDEO: Bila Telefon Bimbit...

TIDAK perlu menafikannya, kini telefon bimbit ibarat 'nyawa' kedua untuk hampir semua orang.Lihat...

Bukan Hanya Dewan Rakyat Tempat Buktikan Sokongan Jadi PM

KUALA LUMPUR – Mana-mana Ahli Parlimen yang mendakwa memiliki sokongan majoriti untuk dipilih sebagai Perdana Menteri, hanya perlu mengemukakan akuan bersumpah (SD) kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata kerajaan sentiasa mengamalkan sikap terbuka dan akur jika ada Ahli Parlimen boleh membuktikan beliau memiliki majoriti melebihi 112 sokongan ahli dewan.

“Bagi menentukan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan dan sokongan majoriti ahli dewan untuk menjadi Perdana Menteri, Perlembagaan Persekutuan mahupun Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat tidak memperuntukkan tatacara jelas mengenainya.

“Oleh yang demikian, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa prerogatif berkenaan perkara ini dengan menentukan apa-apa cara yang sesuai untuk menentukan individu pada hemat baginda mendapat kepercayaan ahli dewan termasuk menerima apa-apa dokumen mahupun mendapatkan kenyataan lisan atau bertulis daripada setiap ahli dewan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang meminta kerajaan menyatakan bila 25 usul undi tidak percaya dan dua usul undi percaya kepada Perdana Menteri akan dibentang, dibahas dan diundi di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, Yang di-Pertuan Agong perkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lalu selepas beliau mendapat sokongan 114 Ahli Parlimen. 

Malah, katanya sokongan majoriti itu dibuktikan lagi dengan kejayaan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 diluluskan dengan undian suara majoriti di Dewan Rakyat pada 26 November lalu. 

“Satu lagi perkara, pihak pembangkang khususnya katakan bahawa jika RUU Perbekalan 2021 tidak diluluskan, ia adalah andaian bahawa Perdana Menteri hilang kepercayaan majoriti. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, bajet diluluskan secara sebulat suara, kurang Ahli Parlimen yang tidak bersetuju. 


“Malah pada Oktober lalu, Yang Berhormat Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mendakwa memiliki sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri dan diberi perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong. Beliau bagaimanapun tidak mengemukakan senarai nama untuk mengukuhkan lagi dakwaannya. 

“Apa yang berlaku selepas itu ialah Istana Negara mengeluarkan kenyataan meminta Anwar akur dengan proses perundangan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi tidak timbul langsung soal kekurangan atau kehilangan sokongan majoriti terhadap Yang Amat Berhormat Pagoh (Muhyiddin),” katanya. 

Justeru, beliau berkata tiada halangan untuk mana-mana Ahli Parlimen mengemukakan usul undi percaya atau tidak percaya terhadap Perdana Menteri namun usul terbabit tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 14 dan 15. 

“Selaras dengan Peraturan Mesyuarat 15(1), urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan lain. 

“Sehubungan itu, urusan persendirian yang terdiri daripada usul percaya dan tidak percaya hanya akan dibahaskan selepas semua urusan kerajaan selesai,” katanya. – BH Online

Kategori