Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Topless Di Pantai...

SEKUMPULAN wanita di Brazil membuat demonstrasi dengan membuka bikini/coli mereka ketika bersantai di...

Saya ‘Straight’ Tau, Sumpah...

PERKONGSIAN foto imbas kembali (throwback) pelakon Nadzmi Adhwa ketika dia berusia belasan tahun...

New York Umum Tahun...

NEW YORK: Gabenor New York, Kathy Hochul menandatangani undang-undang semalam untuk mengisytiharkan Tahun...

Parti Sekular Raih Lebih...

TUNIS - Parti sekular Nida Tunis memperoleh lebih banyak kerusi dalam pilihan raya...

“Bukan Hadiah, Pegawai Menteri Beli Sendiri Jam Tangan Mewah”

MENTERI undang-undang, Liew Vui Keong berkata SPRM telah melepaskan pegawai kanan menteri pertanian Salahuddin Ayub daripada siasatan menerima suapan jam mewah daripada sebuah syarikat pemaju.

Liew berkata, setiausaha politik 47 tahun itu sebaliknya membeli sendiri jam berkenaan yang dilaporkan bernilai RM28,000.

“SPRM membebaskan kerana dia dapat menjelaskan di mana dia mendapat wang untuk membeli jam tangan itu,” katanya kepada Dewan Negara semasa sesi soal jawab pada pagi ini.

“Saya difahamkan pegawai tersebut isytiharkan dia punya interest (kepentingan) dalam perkara itu sebelum pihak SPRM membuat tindakan,” katanya lagi.

“Jadi, konflik kepentingan seperti disebutkan oleh YB senator tidak wujud,” tambah beliau ketika membalas soalan Ahli Dewan Negara daripada BN, Ibrahim Shah Abu Shah.

Terdahulu, Ibrahim mengatakan menerima aduan terdapat konflik kepentingan dan campur tangan kerajaan dalam kes ini.


Pada 1 April, SPRM menahan pegawai Salahuddin itu atas dakwaan menerima jam tangan mewah sebelum dibebaskan empat hari kemudian.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM.

Salahuddin bagaimanapun menafikan kewujudan projek pembangunan yang dikatakan dalam penahanan pembantunya. – Malaysiakini

Kategori