Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tanaman Tembikai: FGV Sewakan...

JEMPOL - Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV) menyewakan seluas 125 hektar tanah...

Pemimpin Militan Daesh Di...

KAHERAH - Militan Daesh mendakwa pemimpin yang mengetuai kumpulan itu di Semenanjung Sinai,...

Nor Fadhilah Wanita Pertama...

KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini mengumumkan pelantikan Nor Fadhilah...

PLUS Jangka 1.6 Juta...

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan sebanyak 1.6 juta kenderaan akan...

“Bukan Dayus, Shuib Berterus-Terang Dengan Isteri”

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini pelawak Shuib Sepahtu memuat naik gambar motosikal Ysuku yang baru dibelinya.

Menerusi Instagramnya Shuib menulis; “Salam Jumaat… Akhirnya dapat juga, Alhamdulillah penat pujuk @sitisarahraisuddin.”

Kapsyennya itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya lelaki yang menganggap Shuib dayus kerana meminta izin isterinya Siti Sarah untuk memiliki motor walaupun dengan wangnya sendiri.

Ada yang turut melemparkan tuduhan pelawak itu seorang suami yang dayus.

Siri Sarah Raisuddin bagaimanapun kesal dengan reaksi-reaksi tersebut.

Katanya apa yang dilakukan oleh pasangan hidupnya hanya sekadar sikap berterus-terang yang perlu diamalkan sebagai pasangan suami isteri.

“Tak sangka cerita minta izin isteri untuk membeli motosikal menjadi isu besar. Apa yang pelik, ramai lelaki anggap berterus-terang dengan isteri atau menghormati isteri itu adalah sesuatu yang dayus.


“Apa yang saya tak faham, kumpulan lelaki ini menyifatkan menipu isteri itu lebih berani daripada berterus-terang yang dianggap dayus,” katanya.

Sarah menjelaskan, Shuib adalah suami yang sangat bertanggungjawab dan mengutamakan isteri.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana meminjamkan saya seorang suami yang baik dan bertanggungjawab. Walhal dia boleh beli lebih daripada motosikal tanpa perlu bertanya kepada saya,” ujarnya.

Sarah dan Shuib berkahwin lapan tahun yang lalu dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin. – mStar Online

Kategori