Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pencerobohan Hutan Simpan Punca...

BAGAN SERAI - Pencerobohan kawasan hutan simpan seluas kira-kira 500 hektar di sekitar...

Pekerja Subkontraktor DBKL Maut...

KUALA LUMPUR - Seorang petugas subkontraktor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang...

Blogger Remaja Gurau Beri...

PADAH bergurau tidak kena tempat, seorang blogger remaja mencetuskan kekecohan di China selepas...

PKR Dapat 8 Jawatan...

PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan UMNO menguasai separuh daripada senarai...

Bukan ‘Anak Ikan’, Mas Tak Kisah Dapat Watak Kecil

HANYA disebabkan kelihatan rapat ketika di beberapa majlis, pelakon putih melepak Mas Khan telah digosipkan mempunyi hubungan cinta bersama dengan penerbit Datuk A Aida.

Bagi Mas atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, gosip kononnya dia merupakan ‘anak ikan’ kepada penerbit terkenal itu sebagai satu kontroversi yang sangat merepek dan tidak masuk akal.

“Anak ikan? Merepeklah! Hubungan kami tidak ada kena-mengena dengan perkara itu. Saya selalu diberikan peluang kerja oleh produksi Aida kerana bakat yang dimiliki.

“Selain itu, dia turut menjalankan perniagaan berkaitan pelaburan bersama-sama dengan keluarga saya,” kata Mas yang dipetik daripda portal BH Online.

Tambah pelakon berusia 24 tahun itu, bapanya dan Aida merupakan rakan baik dan disebabkan itu mereka juga rapat sesama sendiri tanpa ada sebarang niat lain.

Malah, dia pada masa sama juga telah mempunyai kekasih hati dan tidak mungkin akan mencari ‘nahas’ dengan mencari kekasih lain pula.

Dalam masa yang sama, Mas turut diberi kepercayaan untuk menjadi penerbit eksekutif dalam beberapa projek drama dibawah nama A. Aida Productiion.

Disebabkan itu, ada gosip nakal mengatakan dia telah berjaya untuk membodek Aida kerana sering dilihat berlakon di bawah syarikat miliknya serta turut dituduh sebagai ‘anak ikan’.

“Prinsip Aida mudah saja. Jika mempunyai disiplin yang bagus, dia akan menawarkan kita peluang kerja bagi projek lain pula.


“Ramai yang tuduh saya membodek Aida, sedangkan mereka lupa disiplin adalah perkara penting yang membuatkan seseorang penerbit senang bekerja dengan kita,” ujarnya lagi.

Bagi Aida pula, gosip yang melanda dirinya itu merupakan satu perkara yang lucu kerana dia sendiri mempunyai hubungan baik dengan bapa Mas.

Bagaimanapun, sebelum ini, pelakon kelahiran Bandaraya Bersejarah Melaka itu turut tidak ambil hati sekiranya dia mendapat banyak tawaran lakonan bagi watak tambahan.

Hal ini kerana baginya dia hanya menggalas tugas yang telah diberikan serta watak yang dipilihnya juga bukan sekadar watak sampingan biasa.

Oleh itu, dia sentiasa akan membuat yang terbaik dalam setiap lakonannya walaupun sekadar watak sampingan seperti dalam filem Abang Long Fadil 2 ataupun drama rantaian populaar, Suri Hati Mr. Pilot.

“Saya percaya dengan ketentuan rezeki. Alhamdulillah, tahun ini bermula baik dan saya sudah diberi peluang untuk bawa watak hero. Insya-Allah, saya harap semua berjalan lancar,” katanya.

Dalam perkembangan terbaharu, Mas bakal memasuki set penggambaran bagi filem Ratu Kala Jengking pada awal bulan hadapan bersama Nadia Brian, Amar shraf, Fizz Fairuz, Fauziah Nawi dan ramai lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori