Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Cemas!!! Wanita Terkejut...

SEORANG wanita nyaris menjadi mangsa rogol di dalam tandas sebuah stesen minyak di...

MB: Penyelarasan Cuti Hujung...

Kerajaan Negeri Johor masih mengkaji penyelarasan semula cuti hujung minggu yang ketika ini...

Kazakhstan Minat Tarik Pelaburan,...

NEW YORK - Kazakhstan, yang menonjolkan dirinya sebagai gerbang Asia Tengah antara Eropah...

“Kenapa Fuziah Tak Mesej...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh perlu berterus...

“Bukan Abang Saya, Rafizi Dah Silap Besar!”- Rahman

KUALA LUMPUR- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan mengancam untuk menyaman naib presiden PKR, Rafizi Ramli kerana mendakwa abangnya menerima kontrak untuk menganjurkan “Ekspo Negaraku”.

Rahman, yang menyelia penganjuran Ekspo Negaraku berkata, Rafizi sudah tersilap besar kerana menyebabkan “kecelaruan identiti”.

“Saya dimaklumkan bahawa Rafizi hari ini mengadakan sidang akhbar untuk menuduh saya melantik ‘abang’ saya sebagai kontraktor Ekspo Negaraku.

“Rafizi telah melakukan silap besar, Raslan Dahlan bukanlah ahli keluarga saya. Rafizi berniat jahat,” katanya menerusi satu siri tweet.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli

Rahman juga telah mengadakan satu sidang media bagi menjelaskan kekeliruan tersebut, petang tadi.

Awal hari ini, Rafizi telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar di blognya yang bertajuk: “Pengorganisasian Ekspo Negaraku diuruskan oleh sebuah syarikat milik abang Rahman Dahlan.”


Salah satu pemegang saham Pico Integrated Exhibits Sdn Bhd, yang menguruskan ekspo tersebut, kebetulan mempunyai nama yang sama dengan ADUN Kota Belud tersebut iaitu Raslan Dahlan.

Kenyataan Rafizi bagaimanapun telah ditarik semula. –MYNEWSHUB.CC

Kategori