Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Bukti Komplot Gulingkan Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Bukti daripada polis Thailand boleh dianggap penting dalam siasatan oleh...

JHL Dapatkan Bantuan Polis...

TARAKAN - Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah mendapatkan bantuan polis untuk menjejaki pembunuh...

Berang Dengan Akaun Palsu,...

LUMRAH sebagai seorang artis atau figura awam, adakalanya pasti perlu menghadapi 'perangai' manusia-manusia...

Kembalikan Kuasa Agong, Raja...

JOHOR BAHARU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah bahawa...

Buka Semula Kes TBH Perlu Dibuat Peguam Negara

PUTRAJAYA – Sebarang keputusan untuk membuka semula siasatan kematian Teoh Beng Hock perlu dibuat Peguam Negara, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata setakat ini, Peguam Negara belum mengarahkan pihak polis untuk membuka semula siasatan kes kematian itu.

“Saya diberitahu ia (permohonan) masih di pejabat Peguam Negara.

“Apa-apa keputusan untuk membuka semula kes mestilah dibuat oleh Peguam Negara. Setakat ini belum ada lagi,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat kelulusan warganegara Malaysia di sini hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas kenyataan peguam Teoh, Ramkarpal Singh yang dilaporkan meminta Muhyiddin mengarahkan polis membuka semula siasatan kematian itu.


Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang turut serta dalam sidang media itu mengesahkan pihak polis masih boleh mendapat arahan Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.

Teoh ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14, bangunan sama. – BERNAMA

Kategori