Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

1MDB Mula Proses Rundingan...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memulakan proses rundingan dengan pemegang bonnya...

IHP Feb Meningkat Sebab...

KUALA LUMPUR - Kenaikan 4.5 peratus dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Februari,...

K’jaan Teruskan Bantuan Kepada...

KOTA KINABALU — Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Kerajaan...

Dua Pemain Buat Jose...

JOSE Mourinho bengang dengan dua pemainnya yang dikatakan tidak menunjukkan usaha ketika aksi...

Buka Semula Sempadan Pilihan Terakhir

PUTRAJAYA – Membuka semula sempadan adalah perkara terakhir akan dilakukan Malaysia, yang secara beransur-ansur melonggarkan sekatan yang dikenakan di dalam negara bagi mengekang penularan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kerajaan perlu mengukuhkan kawalan untuk mengekang jangkitan penyakit itu di peringkat domestik dan menyemak situasi global mengenai pandemik itu sebelum memutuskan untuk membuka sempadan.

“Kawalan sempadan adalah paling penting, kami mendapati beberapa rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air didapati negatif Covid-19 pada saringan pertama, tetapi bertukar kepada positif pada saringan kedua.

“Oleh kerana itu, kami amat bimbang terhadap pembukaan semula sempadan, ia adalah pilihan terakhir,” katanya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Katanya, sehingga kini sebanyak 360 kes positif dikesan membabitkan kumpulan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.

Dalam pada itu, berdasarkan pemodelan dan ramalan Covid-19 oleh Institut Kesihatan Negara (NIH) KKM, Malaysia bakal berdepan peningkatan penularan Covid-19 secara mendadak pada pertengahan Jun, sekiranya rakyat gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dr Noor Hisham menjelaskan, ketika ini nilai kebolehjangkitan atau R-nought (R0) wabak itu diturunkan kepada 0.3 berbanding 3.5 pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


“Walaupun PKPB beri kelonggaran untuk keluar dan bekerja, tindakan masyarakat hari ini akan menentukan graf penularan pada dua minggu lagi.

“Sekiranya masyarakat leka, tidak patuh dan ingkar kepada SOP yang ditetapkan, nilai R0 akan meningkat semula dan jika mencapai nilai 1.6 atau paras amaran…PKP mungkin dikuatkuasakan semula,” katanya.

Beliau berkata, menurut unjuran itu, KKM juga menjangkakan Malaysia mampu mencapai satu angka bagi kes baharu dalam tempoh seminggu, sekiranya rakyat terus mematuhi SOP PKPB.

Mengulas mengenai dua penuntut universiti yang disahkan positif Covid-19 di Sabah, Dr Noor Hisham menjelaskan, ia masih dalam siasatan.

“Kedua-dua pelajar itu telah kita kuarantin bagi tempoh 14 hari. Kita masih mencari punca jangkitan. Mungkin ada pendedahan melalui pekerja yang keluar masuk universiti,” katanya.

Kategori