Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelaburan Qatar Diintai Bagi...

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad hari ini menjelaskan bahawa...

Hubungan Malaysia Dan China...

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia dan China komited untuk terus mengukuhkan hubungan kedua-dua...

Foot Golf, Gabungan Sukan...

JIKA sebelum ini sukan golf sering kali dikaitkan dengan golongan berpendapatan tinggi dan...

“Saya Menaruh Harapan Bekerjasama...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengucapkan tahniah...

Buka Sempadan, Rentas Selepas Imunisasi Capai Tahap Tertentu

KUALA LUMPUR – “Walaupun aktiviti ekonomi akan terus dibuka, kawalan pergerakan masih diperlukan,” kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, ia termasuk kawalan sempadan antarabangsa, kawalan rentas negeri dan aktiviti sosial serta perniagaan yang mana penjarakan sosial tidak dapat diamalkan.

Katanya, pembukaan aktiviti seumpama ini hanya dapat dilaksanakan selepas pelaksanaan imunisasi mencapai tahap tertentu dari segi liputan rakyat.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga bersiap sedia untuk memastikan sekurang-kurangnya 126,000 orang individu dapat diberikan suntikan vaksin Covid-19 setiap hari di 600 lokasi vaksinasi di seluruh negara. 

“Kerajaan mensasarkan 80 peratus penduduk, iaitu bersamaan 26 juta individu, akan menerima suntikan vaksin yang diberikan secara percuma.

“Insya Allah, dengan langkah kawalan pergerakan yang masih berkuat kuasa, pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) secara berterusan dan pelaksanaan Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang sudah pun dimulakan, kita akan dapat melandaikan lekuk jangkitan Covid-19 di negara kita dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin di Putrajaya, hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) berjaya mengharungi cabaran 2020 dan pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada sektor kesihatan serta ekonomi negara.

Muhyiddin berkata, banyak yang dipelajari dalam tempoh setahun itu dan kerajaan bertekad untuk memacu pemulihan ekonomi dengan lebih rancak pada tahun ini demi kesejahteraan rakyat.


Menurutnya, kerajaan akan menggubal strategi mengawal penularan Covid-19 berdasarkan data diperoleh dan akan mengambil pendekatan lebih bersasar dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat di lokasi kluster jangkitan. 

Pada masa sama, beliau berkata, aktiviti ekonomi akan terus dibuka tertakluk kepada amalan penjarakan sosial serta SOP ketat. 

Mengambil kira situasi itu, katanya, kerajaan akan merangka empat langkah tambahan dalam tempoh terdekat.

“Pertama adalah menyediakan bantuan secara bersasar kepada kumpulan rentan, terutama golongan miskin dan mengalami kehilangan pendapatan.

“Kedua adalah meningkatkan sokongan kepada perniagaan khususnya perniagaan yang masih tidak dapat beroperasi dan perniagaan yang sedang dalam proses pembukaan semula pasca PKP,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, langkah ketiga yang dirangka iaitu untuk memberi tumpuan kepada sistem penyampaian awam, terutama memastikan bantuan sampai kepada semua yang memerlukan, menyegerakan pelaksanaan projek pembangunan dan mengurangkan karenah birokrasi supaya aktiviti ekonomi kembali rancak selain menggalakkan pelaburan baharu dari dalam serta luar negara.

Beliau berkata, keempat adalah memberi fokus utama kepada agenda pendigitalan selaras dengan pertumbuhan sumber kekayaan baharu dan transformasi ekonomi negara dalam aktiviti yang berasaskan pengetahuan serta inovasi. – myMetro Online

Kategori