Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Bekerjasama Dengan Interpol...

GEORGETOWN - Malaysia akan bekerjasama dengan Interpol bagi mengesan bakal pengganas yang menggunakan...

Kalau Tak Malu Dengan...

Hari ini tersebar kisah kononnya sebanyak RM2.3 bilion (lepas tu tukar RM10 juta...

11,889 Kes COVID-19 Baharu...

PUTRAJAYA - Malaysia hari ini mencatatkan sebanyak 11,889 kes positif baharu COVID-19, kata...

Suami Isteri Didakwa Rompak...

GEORGE TOWN - Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Buka Banyak Sektor Ekonomi Kurangkan Kerugian RM300 Juta Sehari

KUALA LUMPUR – Pembukaan lebih banyak sektor ekonomi semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua (PKP 2.0) telah berjaya mengurangkan kerugian negara kepada RM300 juta sehari berbanding RM2.4 bilion sehari semasa PKP 1.0.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, PKP fasa kedua ini membenarkan lebih banyak sektor ekonomi beroperasi berbanding PKP terdahulu bagi mengimbangi aspek kesihatan rakyat dan juga tekanan ekonomi semasa.

“Semasa PKP pertama dahulu, negara kita telah mengalami kerugian sebanyak RM2.4 bilion sehari dan jika ia dilaksanakan secara berterusan, pasti sistem ekonomi negara kita termasuklah sistem kesihatan awam akan lumpuh,” katanya ketika ucapan perasmian Hari Hasil ke-25 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara maya pada Isnin.

Katanya, negara juga telah berjaya mengehadkan kes kematian akibat Covid-19 dengan nisbah 0.3 peratus atau dalam kategori 5.0 peratus terbawah di peringkat dunia.

Beliau berkata, keberkesanan langkah kerajaan membendung penularan Covid-19 juga telah diiktiraf oleh agensi penarafan kredit antarabangsa, Moody’s melalui pengekalan penarafan Malaysia pada tahap A3 dengan unjuran stabil pada Januari tahun ini.

“Moody’s juga menjangka bahawa penularan Covid-19 tidak akan menyebabkan kesan yang berpanjangan terhadap struktur ekonomi negara.

“Oleh itu, gelombang penularan semasa dan yang seterusnya hanya akan menangguhkan, tanpa menghalang pemulihan ekonomi negara ke arah landasan pertumbuhan yang lebih tinggi dan mampan,” katanya.


Tengku Zafrul berkata, kejayaan penarafan itu telah dipacu oleh asas ekonomi yang kukuh, disiplin fiskal yang baik termasuklah dengan sokongan kepelbagaian sektor ekonomi.

Bagaimanapun katanya, ia amat bergantung kepada keupayaan negara mengekang pandemik dan juga melaksanakan pemulihan berterusan dalam permintaan luaran.

Walapun Malaysia mengalami penguncupan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 5.6 peratus pada 2020, Tengku Zafrul berkata, angka ini adalah lebih baik berbanding unjuran awal oleh organisasi antarabangsa seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (-5.8 peratus), Bank Dunia (-5.8 peratus) dan Bank Pembangunan Asia (-6.0 peratus).

Prestasi Malaysia juga katanya, lebih baik jika dibandingkan dengan negara serantau seperti Thailand (-6.1 peratus) dan Filipina (-9.5 peratus) dan negara lain seperti United Kingdom (-9.9 peratus). – BERNAMA

Kategori