Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Selena Gomez Menangis Di...

Tak faham sungguh kami kenapa Justin Bieber juga yang dikejar oleh penyanyi dan...

Orang Melayu Perlu Muhasabah...

AIDILFITRI sudah tiba dan disambut dengan sederhana di seluruh negara, terutama bagi yang...

Siti Nurhaliza Harap Kejayaan...

KUALA LUMPUR - Penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza berharap kemenangan Fragmen dalam kategori...

Maria Farida Perjelas Tuduhan...

NAMA aktres jelita, Maria Farida tiba-tiba menjadi perbualan hangat peminat hiburan menerusi laman...

Buka Akaun Luar Negara: Jho Low Kata “Boss Will Take Care”

KUALA LUMPUR – “Boss (Najib) will take care”, kata ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low kepada Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung arahan pembukaan akaun luar negara.

Amhari Efendi, 43, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Jho Low ada memberitahunya jika ada apa-apa persoalan timbul mengenai akaun tersebut, Najib akan melindungi mereka (Amhari Efendi dan Datuk Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit Najib ketika itu).

“Jho Low juga memberikan jaminan agar tidak risau dan yakin dengannya malah dia telah memberitahu kami bahawa “boss will take care”.

Boss yang dimaksudkan adalah Najib. Dia juga ada menyebut, jika ada apa-apa persoalan timbul mengenai akaun ini, Najib akan melindungi kami. Saya hanya merujuk dan meminta Datuk Azlin berbincang dengan Jho Low dan saya akan mengikut keputusan Datuk Azlin.

“Datuk Azlin juga menyatakan perasaan tidak selesa tetapi Jho Low memberitahu lagi bahawa semua ini akan dilakukan “above board”, melalui proses dokumentari yang betul, menggunakan bank yang ternama dan mempunyai reputasi. Datuk Azlin hanya diam dan Jho Low kata dia akan kembali balik kepada kami mengenai isu ini lalu dia meninggalkan perjumpaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata akaun bank yang diarahkan dibuka di luar negara adalah kemungkinan untuk dijadikan sebagai akaun “money laundering” bagi tujuan menyimpan dana politik untuk Najib bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Saksi pendakwaan kelapan yang mendedahkan perkara itu berkata Jho Low mengarahkan beliau dan Datuk Azlin untuk membuka akaun bank masing-masing di bank Iuar negara bagi tujuan PRU13.

Ketika membacakan penyataan saksinya, Amhari Efendi berkata Jho Low mengarahkan mereka berbuat demikian selepas memaklumkan telah mendapat ‘blessing’ dari Najib dan memaklumkan bahawa akaun itu akan diuruskan oleh Jho Low sendiri.

“Kami diarah untuk membuka akaun ini “just in case and standby”. Apabila kami mengetahui perkara tersebut, kami berdua berasa takut kerana kemungkinan akaun ini akan dijadikan akaun “money laundering” bagi tujuan menyimpan dana politik untuk Najib bagi menghadapi PRU13.

“Pada masa tersebut saya terfikir sekiranya akaun ini untuk tujuan yang murni, mengapa pembukaan akaun bank tersebut perlu melibatkan saya, diuruskan oleh Jho Low serta dibuka di luar negara? Walaupun dimaklumkan akaun ini adalah akaun standby sahaja tetapi sekiranya betul akaun ini digunakan untuk tujuan dana politik, ia adalah sesuatu yang saya tidak mahu terlibat,” katanya.

Saksi penting pertama itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib pada hari keempat perbicaraan kes Najib yang didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama.

Katanya beliau dan Datuk Azlin berbincang mengenai perkara itu dan mereka berasa was-was berhubung hal itu namun beliau menjangkakan perkara itu terpaksa dipersetujui kerana ia melibatkan perkara sulit dan mereka juga takut diri mereka, keluarga dan kerja mereka mendapat ancaman sekiranya mereka menolak cadangan itu.

“Saya membuat keputusan untuk mengikut nasihat Datuk Azlin kerana dia adalah boss saya dan dia juga lebih banyak tahu perkara sebegini daripada saya. Bagaimanapun, pada perjumpaan tersebut kami tidak ada memberikan kata persetujuan kepada Jho Low.

“Di perjumpaan sulit kami yang lain tidak lama selepas itu, Jho Low asyik mendesak dan meyakinkan kami bahawa semuanya diatur secara ‘proper’ dan selamat. Akhirnya Datuk Azlin bersetuju berhubung pembukaan akaun di luar negara.

“Oleh itu, saya juga telah mengikut keputusan Datuk Azlin dan saya juga terpaksa bersetuju. Selepas kata putus tersebut dimaklumkan kepada Jho Low, Jho Low meninggalkan perjumpaan tersebut. Datuk Azlin memberitahu saya, kami mesti dan terpaksa ikut arahannya kerana jika tidak, kami berkemungkinan akan kehilangan kerja.

“Datuk Azlin juga memberitahu jika tidak ikut ia akan menjadi ancaman kepada kami dan keluarga kami disebabkan kami telah mengetahui ada usaha membuka akaun luar negara tetapi tidak mengikut arahannya,” katanya.


Menceritakan lebih lanjut, saksi itu berkata, Jho Low mengawal dan menyusun segala proses pembukaan akaun bank malah menghantar mereka ke Singapura untuk membuka akaun.

“Saya tidak ingat bila perjumpaan itu berlaku tetapi ia diadakan di sebuah bilik hotel yang saya tidak ingat namanya. Setibanya kami di situ, Jho Low telah pun berada di dalam bilik bersama wakil bank BSI bernama Yvonne yang diperkenalkan kepada kami oleh Jho Low.

“Jho Low telah menjelaskan semua proses pembukaan akaun kepada Datuk Azlin dan saya. Oleh itu saya hanya mengikut sahaja apa yang Datuk Azlin lakukan. Yvonne kemudian membuat proses membuka akaun dan memaklumkan kepada kami bahawa proses membuka akaun akan mengambil masa sewajarnya untuk kelulusan. Kesemua maklumat, cara pembukaan, struktur dan sebagainya diuruskan sepenuhnya oleh Jho Low,” katanya.

Tambah beliau, semasa pertemuan itu beliau juga menyerahkan beberapa dokumen seperti salinan pasport dan dokumen yang mengesahkan alamat kediamannya selain menandatangani beberapa borang.

“Tindakan ini saya lakukan kerana hanya mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh Datuk Azlin. Kami telah dimanipulasi oleh Jho Low dengan bantuan Yvonne dan seorang lagi pegawai BSI yang saya tidak ingat namanya yang turut berada di situ ketika itu,” kata saksi itu.

Amhari Efendi menjelaskan, pada satu perjumpaan sulit lain di antara beliau, Jho Low dan Datuk Azlin, Jho Low memaklumkan bahawa akaunnya tidak berjaya dibuka namun alasan gagal membuka akaun itu tidak diberitahu.

“Namun akaun Datuk Azlin berjaya dibuka. Saya berasa lega dan saya tidak membuat tindakan susulan bagi membolehkan akaun itu dibuka. Pada satu perjumpaan yang lain pula, Jho Low memberitahu akaun BSI saya kini telah berjaya dibuka.

“Saya tidak tahu apa yang Jho Low telah lakukan sehingga akaun itu dapat dibuka. Saya berasa pelik bagaimana akaun ini berjaya dibuka sedangkan saya tidak ada membuat apa-apa tindakan susulan selepas dimaklumkan oleh Jho Low yang akaun ini gagal dibuka sebelum ini.

“Selepas Jho Low balik, Datuk Azlin berpesan kepada saya supaya jangan sesekali menggunakan wang itu kerana itu bukan wang kami. Tambahan pula Jho Low yang mengawal dan menguruskan akaun itu dan kami tidak boleh menguruskan akaun itu sendiri. Datuk Azlin turut berpesan supaya saya turutkan sahaja arahan dan ‘just play along”.

“Proses untuk membuka kedua-dua akaun kami ini dari kali pertama Jho Low mengarahkan kami sehingga kedua-dua akaun dibuka mengambil tempoh kurang dari setahun. Kami hanya diberitahu berhubung akaun ini hanya apabila Jho Low yang memberitahu sendiri kepada kami tanpa kami tanya. Itupun biasanya adalah percakapan ‘one way’ dan Jho Low biasa bercakap begitu sekejap sahaja mengenainya tanpa ruang untuk kami bertanya apa-apa soalan,” katanya.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung.

Kategori