Bugatti ‘La Voiture Noire’ Sudah Ada Pembeli

JIKA ada wang, semuanya bagaikan tidak mustahil untuk dimiliki. Begitu juga dengan kereta paling mahal di dunia keluaran Bugatti yang…

JIKA ada wang, semuanya bagaikan tidak mustahil untuk dimiliki.

Begitu juga dengan kereta paling mahal di dunia keluaran Bugatti yang dikhabarkan sudah ada pembeli.

Dengan harga £9.5 juta (RM51 juta), kereta itu diberi nama La Voiture Noire yang bermaksud kereta hitam.

Menurut pengeluar kereta itu, ia dibina untuk seorang pelanggan setia Bugatti.

Pada masa sama, pengeluaran itu juga merupakan simbolik ulang tahun ke-110 mereka.

“Setiap komponen kereta dibuat dengan tangan dan badannya diperbuat daripada karbon fiber.

“Bahan ini dibuat dengan sempurna. Kami ambil tempoh lama untuk membuat rekaan.

“Sudah tiada apa yang perlu diubah dan ditambah baik. Ia sudah cukup sempurna,” ujar presiden Bugatti, Stephan Winkelmann.

Tambahnya lagi, ia bukan sekadar indah pada pandangan mata namun turut memiliki enjin yang berkuasa tinggi. – Daily Mail

Loading...