Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Minggu Lepas Kena Marah,...

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata dia dihalang masuk ke mahkamah hari ini...

Tiada Kes Keracunan Makanan...

KUALA LUMPUR – Tiada kes keracunan makanan berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK)...

5 Universiti Penyelidik Kelompok...

PUTRAJAYA - Lima universiti awam Malaysia berstatus universiti penyelidikan tersenarai dalam kelompok satu...

Menteri Cadang Wujudkan Pasar...

PARLIMEN | Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub mencadangkan...

Budaya Sabotaj Masih Ada Dalam Perkhidmatan Awam, Tapi Tidak Ramai

LANGKAWI – Budaya mensabotaj pelaksanaan dasar-dasar kerajaan masih wujud dalam kalangan kakitangan perkhidmatan awam, namun jumlahnya sudah berkurangan.

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau masih bercakap mengenai isu itu kerana ‘kerja pembersihan’ di dalam jabatan dan agensi kerajaan tidak boleh dibuat dalam jangka masa yang singkat.

“Masih ada pegawai yang tidak komited…misalnya berlaku ada kakitangan empat bulan tidak dibayar gaji sedangkan ia boleh dilakukan, saya tidak faham kenapa.

“…..kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” katanya dalam sesi soal jawab di Majlis Perjumpaan Pegawai Kanan Kerajaan bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi di sini, malam ini.

Beliau berkata perkara berkaitan sabotaj itu juga sering dibangkitkannya dengan tujuan sebagai peringatan supaya semua jentera kerajaan tidak melakukan perkara yang salah, sebaliknya menjalankan tanggungjawab,mereka dengan amanah.

Mahathir berkata kakitangan awam juga harus bertoleransi dengan pegawai-pegawai khas lantikan politik yang kurang arif dalam pentadbiran dan sebaiknya mengelakkan sebarang perbalahan.

“Orang baharu ni kena belajar, kalau tak ada langsung sabar, tak dapat bekerjasama, sebab tu kita kena tolak ansur sedikit sebanyak,” katanya.


Beliau berkata semua pihak perlu belajar untuk menghadapi kekurangan bukan dengan kemarahan, tapi membetulkan apa yang salah dengan baik.

Katanya dunia mengiktiraf pemerintahan Malaysia sudah pulih dengan baik walaupun tidak sepert dahulu.

“Mereka perhati dan tanya apa nak buat… Perdana Menteri Pakistan datang nak tanya kita sedikit sebanyak yang dah berjaya dapat laksanakan tugas kita.

“Kerosakan pemerintah terdahulu sangat dahsyat hingga kita pun hairan, tapi kini kita dapat pulihkan pentadbiran negara walaupun belum lagi capai tahap yang memuaskan,” katanya. – BERNAMA

Kategori