Budak Terpaksa Sedut Lemak Berlebihan Pada Tangan

USIANYA baru dua tahun, namun budak perempuan dari negeri Minnesota, Amerika Syarikat ini terpaksa menanggung derita akibat sejenis penyakit pelik yang mengakibatkan tangannya membengkak.

Cora Ruben disahkan menghidap penyakit limfedema yang menyebabkan beberapa bahagian badan tertentu membengkak akibat pengumpulan cecair limfa dan lemak.

Keadaan itu menyebabkan tangannya tidak dapat digerakkan untuk memegang atau mengangkat objek.

Baru-baru ini ibu bapanya, Kasey dan Brett Ruben membawa Cora berjumpa Profesor Dr. Etelka Foldi di Klinik Foldi di Hinterzarten, Jerman.

Susulan itu, doktor berkenaan mencadangkan anak mereka menjalani prosedur menyedut lemak pada bahagian tangannya.

“Foldi memaklumkan tangan Cora cuma mengandungi 20 peratus cecair limfa dan 80 peratus lagi adalah lemak. Selepas menjalani pembedahan itu, tangan Cora sudah lembut dan mampu memegang objek,” kata Kacey.

Walaupun tangan gergasi Cora paling jelas kelihatan disebabkan penyakitnya itu, Kacey memaklumkan anaknya turut mempunyai bengkak serupa pada seluruh badannya termasuk pada perut dan kakinya. – Mirror.co.uk

Loading...