Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Jom Dengar Lagu Raya...

PERSIAPAN sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak sah kalau tak dengar lagu raya kan. Setiap...

Polis Bongkar Makmal Dadah,...

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang membongkar sebuah makmal memproses dadah selepas menahan...

Zombie Run Dibenar Mufti...

KANGAR - Ketika umat Islam di Selangor kecoh dengan kontroversi penganjuran pesta arak...

Dendam Kesumat Banduan Terbalas

Seremban - Seorang banduan di Penjara Seremban di Temiang, di sini, maut ditikam...

Budak Perempuan ‘Yakin Cantik’ Bikin Netizen Ketawa

KECANTIKAN dan keyakinan. Dua kualiti ini akan selalu menjadi pegangan bagi setiap wanita.

Namun berbeza dengan kanak-kanak berusia enam tahun dari Sacramento, California ini apabila mempunyai dua kualiti tersebut di usia yang sangat muda.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, Kyle Dinsmore yang memuat naik satu video mengenai keyakinan kecantikan adiknya itu sudah menerima lebih 38,000 retweet dan 52,000 likes.

Video itu memaparkan perbualan Kyle, 18, bersama adik perempuannya, Khloe.

“Khloe, apa di muka kamu itu?” tanya Kyle.

“Kecantikan,” balas Khloe.

Reaksi penuh keyakinan itu disambut ketawa besar oleh Kyle dan ibunya yang turut berada di situ, yang kemudiannya memuat naik video itu beserta kapsyen, “Saya harap semua orang yakin dengan diri sendiri seperti adik saya.”


Kyle, 17, dalam temuramah dengan portal Buzzfeed memberitahu, dia tidak begitu terkejut dengan jawapan Chloe dan menyifatkan karakter adiknya itu sebagai ‘sassy’.

“Mungkin juga saya penyebabnya. Kami sangat rapat dan mungkin sifat saya itu mempengaruhinya juga,” kata Kyle.

Menurutnya, Khloe sering ‘bermain’ dengan alat mekap dan mempunyai personaliti yang besar.

Jelasnya, kejadian seperti itu sering terjadi namun pada hari tersebut dia berjaya merakam gelagat adiknya yang dianggap ‘sassy’. – MYNEWSHUB.CC

Budak Perempuan 'Yakin Cantik' Bikin Netizen Ketawa

Kategori