Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sabah Sedia Beri Tanah...

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah sentiasa bersedia memberi tanah bagi menyokong Program...

“Ada Yang Cemburukan Saya...

PETALING JAYA - Pelakon Amar Baharin mendedahkan ada pihak yang cemburu terhadap hubungan...

Kemalangan: Trafik Perlahan Dari...

IPOH — Aliran trafik perlahan dari Plaza Tol Ipoh arah utara ke Kuala...

4 Pegawai YPM Bebas...

PUTRAJAYA - Empat pegawai kanan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) terlepas daripada menjalani hukuman...

Budak Perempuan Maut Minum Air Mendidih

FLORIDA (Amerika Syarikat) – Seorang budak perempuan meninggal dunia akibat kecederaan dialami selepas minum air mendidih menggunakan straw kerana dicabar sepupunya.

Ki’ari Pope, lapan, mengadu tidak dapat bernafas beberapa hari lalu sebelum tiba-tiba pengsan. Dia dikejarkan ke hospital tetapi malangnya tidak dapat diselamatkan.

Ibu mangsa, Marquisia Bonner berkata, anaknya itu dicabar minum air mendidih menggunakan straw oleh sepupu yang seusianya pada Mac lalu selepas mereka melihat perlakuan seperti itu dalam YouTube.

Akibat kecederaan dialami selepas berbuat demikian, Ki’ari terpaksa menjalani trakeotomi yang menyebabkannya pekak dan mengalami masalah pernafasan kronik.

Bagaimanapun, Jabatan Kanak-kanak dan Keluarga Florida dalam satu kenyatana berkata, kanak-kanak itu juga menunjukkan tanda-tanda didera.


Susulan itu, pihak berkuasa kini menyiasat kejadian Mac lalu terbabit selain sembilan yang lain membabitkan kes dipercayai penderaan atau pengabaian terhadap mangsa.

Setiausaha jabatan, Mike Carroll berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan untuk meneliti sepenuhnya kematian mangsa. – Agensi/myMetro Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • budak

Kategori