Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Terima Kasih Wira Negara!

KUALA LUMPUR - “Ibarat berada di medan perang”. Mungkin tidak keterlaluan memberi gambaran...

Nelydia Senrose Bakal Bernikah

PELAKON, Nelydia Senrose mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Menerusi tweet yang...

Bantuan Rakyat Bukti Kerajaan...

LENGGONG - Kemampuan kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat termasuk Projek Perumahan Rakyat...

Polis Cari Dua Remaja...

LABUAN - Polis sedang menjejaki dua daripada empat remaja yang didakwa mempunyai kaitan...

Budak Perempuan 5 Tahun Dicabul Datuk Tiri

MIRI – Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai mencabul cucu tirinya yang berusia lima tahun di kediamannya di Bujur Corner, Miri, Sarawak.

The Star melaporkan, kanak-kanak malang itu menjadi mangsa cabul sejak awal Februari lalu.

Kanak-kanak perempuan itu dikatakan tinggal bersama nenek dan datuk tirinya selepas perceraian kedua ibu bapanya.

Kejadian tersebut disedari ibu mangsa yang berusia 21 tahun selepas mangsa mengadu mengalami kesakitan di bahagian kemaluannya.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, suspek ditahan di hadapan kedai kira-kira jam 6.30 petang Selasa selepas polis menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, ibu mangsa kemudiannya melakukan pemeriksaan dan mendapati terdapat kesan kemerahan pada kemaluan mangsa.


“Mangsa mendakwa datuk tirinya mencabulnya sebelum ini dan ibu mangsa membuat laporan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Suspek yang berusia 40- an itu dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. – MYNEWSHUB.CC

Kategori