Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Ini Cara Abadikan Foto...

MAYBANK merupakan salah satu 'jenama bank terbaik' di negara dan sejak dari kecil...

Wan Azizah Serlah Ketokohan...

LONDON – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan lawatan rasmi sulungnya...

Liga Malaysia 2017: Pasukan...

KUALA LUMPUR - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah 90 peratus lengkap untuk...

Najib Akan Lancar Zilzar.com...

DUBAI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan melancarkan zilzar.com, platform eko-perdagangan...

Budak Melayu Murid Tunggal Tahun 1 Di Sekolah Tamil

PAGOH – Sebuah sekolah vernakular Tamil di sini mungkin satu-satunya sekolah di negara ini yang hanya mempunyai seorang murid bagi Tahun Satu pada tahun ini.

Muhammad Hariz Asyraf merupakan antara lima murid berbangsa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK (T) Ladang Ban Heng.

Sekolah itu hanya mempunyai 11 murid dan 11 guru.

Ibu Muhammad Hariz, Norilam Abd Azizi, 35, berkata anak lelakinya bersungguh-sungguh untuk memulakan persekolahan bersama kakaknya, Nurul Adriena Syafiqa Mohd Tazili, 10, dan abangnya, Muhammad Razief Aiman Mohd Tazili, 12, masing-masing murid Tahun Empat dan Tahun Enam di sekolah berkenaan.

“Anak lelaki saya yang sulung kini di sekolah menengah, juga pernah belajar di sekolah itu.

“Saya dan suami mahu anak-anak kami belajar bahasa baharu dan kami berbangga mereka boleh berbahasa Tamil,” katanya.


Norilam berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan kesemua anak-anaknya yang berkomunikasi dalam bahasa Tamil di rumah.

“Kami berada dalam komuniti di ladang kelapa sawit dan tidak mempunyai masalah untuk bergaul dengan semua kaum,” katanya.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru SJK (T) Ladang Ban Heng, A. Subramaniam berkata, setakat ini, dua keluarga Melayu menghantar anak mereka ke sekolah tersebut. – The Star/mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori