Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

LTAT Umum Dividen Selepas...

KUALA LUMPUR : Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, memberi jaminan dividen...

SSM Peruntuk Modal RM900k...

KOTA KINABALU- Program Jualan Sentuhan Rakyat (PJSR) yang telah dilaksanakan secara meluas di...

Rizab Boleh Guna Malaysia...

KUALA LUMPUR - Rizab Malaysia pada akhir Ogos 2018 tetap boleh guna, dengan...

Segamat Buka 2 PPS...

JOHOR BAHRU - Seramai 17 mangsa daripada enam keluarga di Mukim Buloh Kasap,...

Budak Ini Umur Sudah Lebih 50 Tahun

NEW DELHI – Apabila melihat tubuhnya yang kecil, ramai beranggapan Basori Lal masih seorang budak tetapi lelaki warga India itu sebenarnya berusia 50 tahun.

Basori yang memiliki ketinggian 74 sentimeter berhenti membesar ketika berusia lima tahun dan sehingga kini keluarganya tidak tahu mengapa keadaan itu berlaku.

Keadaan tubuhnya yang kecil menjadikan Basori seorang selebriti di kampungnya di Bhopal dalam negeri Madhya Pradesh dan ramai yang datang untuk bertemu dengannya.

Ketika remaja, Basori sering dibuli rakan sebaya kerana tubuhnya yang kecil tetapi kini dia menjalani kehidupan seperti orang lain.

Abangnya, Gopi Lal, 55, berkata, keluarganya berasa dirahmati kerana memiliki Basori.

“Pengunjung dari wilayah lain datang ke sini semata-mata mahu bertemu dengan Basori. Itu satu rahmat kepada kami.

“Kami bangga ramai orang yang menyayangi dan prihatin dengan Basori,” katanya.

Basori yang tinggal dengan abangnya itu berkata, dia gembira dengan kehidupannya walaupun badannya seperti kanak-kanak.


“Saya tiada masalah dengan ketinggian saya. Saya bekerja, hidup, tidur dan makan seperti orang lain,” katanya.

Basori gembira tinggal bersama keluarga abangnya dan dia juga bekerja di sebuah kilang untuk menambah pendapatan mereka.

Ketika kecil, Basori membesar sama seperti kanak-kanak yang lain tetapi keluarganya perasan dia berhenti membesar ketika berusia lima tahun.

Kerana keluarganya yang miskin, Basori tidak pernah dibawa berjumpa doktor dan keluarganya tidak tahu mengapa dia berhenti membesar. – Agensi/myMetro Online

Kategori