Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Keputusan Kejohanan Memanah Kebangsaan

KUALA LUMPUR - Berikut keputusan hari terakhir Kejohanan Memanah Kebangsaan (Sirkit 1) di...

STING Bongkar Makmal, Rampas...

GEORGE TOWN - Polis merampas kira-kira 26 kilogram heroin dan 0.6 kilogram syabu...

DAP Cuba Jadikan PAN...

SUNGAI BESAR - Badan bukan kerajaan, Majlis Perundingan Melayu (MPM) mendakwa DAP cuba...

Pemandu Disaran Guna Webcam...

KUALA LUMPUR - Pengguna jalan raya disaran memasang alat perakam video (webcam) kereta...

Budak 8 Tahun Belajar Dari YouTube, Pandu Van Ke McD

KITA biasa mendengar orang belajar bermain muzik, memasak hidangan dan membuat kraftangan melalui laman perkongsian video popular YouTube.

Namun kes kali ini agak berbeza dan berbahaya kerana membabitkan keselamatan orang ramai.

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di Amerika Syarikat, belajar memandu melalui YouTube sebelum memandu ke sebuah restoran McDonald’s berdekatan rumahnya.

Kejadian itu berlaku di sebuah bandar di East Palestine, Ohio, pada Ahad lalu, kira-kira jam 8 malam.

Bapa kanak-kanak itu dikatakan masuk tidur awal, manakala ibunya pula tertidur di ruang tamu ketika kejadian.

Menurut laporan Weirton Daily Times, kanak-kanak itu memandu van milik bapanya sejauh 2.4 kilometer, dengan adik perempuannya pula berada di tempat duduk belakang.

Difahamkan untuk sampai ke restoran makanan segera itu, si cilik ini perlu memandu melalui empat persimpangan, berhenti di lampu merah untuk menyeberangi landasan kereta api dan melalui beberapa selekoh tajam.

Dia bagaimanapun memandu dalam had kelajuan yang ditetapkan malah selamat sampai ke restoran itu.

Bagaimanapun, ketika memandu di bahagian pandu lalu restoran itu, para pekerja di sana fikir ia adalah satu gurauan lalu cuba menghubung keluarga dan pihak polis.


Budak 8 Tahun Belajar Dari YouTube, Pandu Van Ke McD

Kanak-kanak itu sempat memesan burger keju, nuget ayam dan kentang goreng sebelum membayarnya dengan menggunakan duit tabung yang dibawanya.

Namun tidak beberapa lama kemudian, budak lelaki itu mula menangis apabila polis tiba di tempat kejadian kerana dia merasakan bahawa dia sudah melakukan kesalahan, menurut laporan berkenaan.

Polis kemudian membawa kedua-dua kanak-kanak itu ke balai dan menghubungi ibu bapa mereka.

Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan mahupun dakwaan difailkan ke atas ibu bapa itu namun polis menasihatkan agar mereka lebih berhati-hati dan meminta tidak leka ketika berada di rumah. – MYNEWSHUB.CC

Kategori