Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Sokong Mahathir Tak Bermaksud...

GEORGETOWN - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta kenyataannya menyokong...

Hindari Berita Palsu Dalam...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan terbuka untuk menerima...

Dilarang Bawa Kuaci Masuk...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Stadium Negeri Kedah (PSNK) memutuskan penyokong skuad Kedah dan...

Badminton Jadi Sukan Nombor...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan badminton kini menjadi...

Budak 7 Tahun Cipta Rekod Sebagai Pelari Terpantas

KANAK-KANAK ini digelar, “Blaze the Great” dan dinamakan sebagai pengganti kepada Usain Bolt dan terus mendapat tempat dalam kalangan peminat sukan walaupun baru berusia 7 tahun.

Baru-baru ini, Rudolph Ingram Jr. dinobatkan sebagai kanak-kanak terpantas selepas mencatat masa larian, 13.48 saat untuk jarak 100m dalam satu acara saingan sekaligus mencipta rekod untuk kategori seusianya.

Sebelum ini, dia dikenali selepas menyertai Kejohanan AAU bersama 200 kanak-kanak seusianya dan memenangi tempat kedua. Dalam beberapa kejohanan AAU, Rudolph memenangi 36 pingat, 20 daripadanya pingat emas. AAU ialah kejohanan atletik muda amatur yang dianjurkan secara tahunan untuk beberapa sukan.

Dalam satu video yang dimuatnaik untuk menunjukkan ketangkasan Rudolph, dia yang bertubuh sado didapati berlari bersama beberapa orang termasuk orang dewasa untuk membandingkan kepantasannya.

Bapa kanak-kanak itu, yang juga jurulatihnya, Rudolph Ingram, akui bangga dengan pencapaian anaknya yang baru berusia 7 tahun itu.


“Rudolph memulakan latihan sejak berusia 4 tahun dan mencipta rekod baru untuk acara larian 100m di Amerika Syarikat,” ujarnya.

Dia kini mempunyai lebih 300,000 pengikut di laman Instagram dan mahir dalam sukan bola sepak. Dia merupakan ahli organisasi bola sepak, Tampa Ravens. – FMT

Kategori