Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Empangan Perak Mampu Bekal...

IPOH - Empangan di Perak mampu membekalkan air untuk kegunaan domestik di seluruh...

Sultan Johor Gesa Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggesa pemimpin negara segera...

‘Naked City’, Pusat Peranginan...

SEBUAH pantai di Perancis ‘mewajibkan’ pengunjungnya berbogel semasa berada di kawasan tersebut. Pusat...

Parlimen Medan Bincang Pelan...

KUALA LUMPUR - Parlimen tidak memerlukan pelbagai fasa dan syarat untuk bersidang termasuk...

Budak 5 Tahun Dibawa Lari Bersama Kereta Curi

KLANG – Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dilarikan bersama sebuah kereta di Taman Pendamar Indah, Pelabuhan Klang, lewat petang semalam berjaya ditemui semula.

Menurut laporan media tempatan, mangsa tersebut ditinggalkan pencuri kenderaan berkenaan di Masjid Kampung Dagang, di sini.

Mangsa sebelum itu ditinggalkan bapa saudaranya di hadapan rumah datuknya untuk mengambil barang dalam keadaan enjin kereta tidak dimatikan kira-kira pukul 3.45 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata kenderaan dipandu lelaki berusia 37 tahun itu diletakkan di depan rumah tersebut.

Menurutnya, bapa saudara mangsa hanya masuk di bahagian pagar rumah datuk budak itu mengambil barang anaknya namun selang beberapa minit, dia menyedari kenderaannya sudah dilarikan.

“Penjenayah membawa lari kereta mangsa yang mengandungi barang miliknya termasuk kad pengenalan, lesen, serta telefon bimbit.

“Mangsa berjaya ditemui selepas polis menerima panggilan daripada orang awam yang menemuinya di Masjid Kampung Dagang, Jalan Kampung Jawa, pada 5.30 petang semalam,” katanya dalam satu kenyataan.


Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan. Bagaimanapun, kereta masih belum ditemui dan siasatan masih dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 363/379A Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dan mencuri kenderaan.

Kejadian tersebut menjadi tular di aplikasi WhatsApp apabila rakaman suara lelaki yang dipercayai bapa mangsa memohon bantuan orang ramai untuk mencari anaknya yang telah dibawa lari penjenayah. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori