Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

FMLLP Umum Venue Rasmi...

SHAH ALAM - Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) akan mengumumkan esok venue...

Polis P.Pinang Beri Amaran...

GEORGE TOWN - Polis memberi amaran kepada dua kumpulan kongsi gelap di Pulau...

Semua Ada Lagu Sendiri,...

SEORANG demi seorang anggota kumpulan Forteen muncul dengan lagu single solo mereka. Kini...

Kim K Kongsi Gambar...

TANGGAL 24 Mei semalam merupakan tarikh ulangtahun pertama perkahwinan pasangan kontroversi Hollywood Kim...

Budak 4 Tahun Didera: Polis Didakwa ‘Lepas Tangan’?

KES dera membabitkan ibu dan teman lelakinya sudah sering kali dilaporkan.

Ada kanak-kanak malang ini terpaksa hidup dalam ketakutan dan kesakitan malah ada juga yang meninggal dunia akibat kekejaman individu yang tidak berperikemanusiaan ini.

Terbaharu, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun menjadi mangsa dera dipercayai dilakukan oleh ibu kandung dan teman lelakinya sehingga lebam seluruh badan, pendarahan di kemaluan dan jangkitan kuman di hati.

Menerusi posting di Facebook, saudara terdekat mangsa yang dikenali sebagai Dhia Syeeraz memuat naik dua gambar individu dipercayai ibu mangsa dengan teman lelakinya yang dikatakan mendera kanak-kanak tersebut.

Menurutnya, ayah mangsa sudah membuat laporan polis semasa berada di hospital namun tidak dilayan oleh anggota tersebut.

Budak 4 Tahun Didera: Polis Didakwa 'Lepas Tangan'?

“Ayah kandung kanak-kanak ini telah membuat laporan polis semasa di hospital tetapi ditolak oleh pegawai tersebut kerana kata beliau kes ini tidak serius dan memerlukan banyak kerja serta memakan jangka masa yang panjang.

“Nak tunggu budak ini hilang nyawa baru nak ambil tindakan? Sekarang zaman viral baru kes nie jadi besar..so kita viral ramai-ramai supaya nasib kanak-kanak nie terbela. Untuk pengetahuan anak ini masih lagi dalam rawatan hospital,” tulisnya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh menafikan dakwaan polis menolak laporan yang dibuat bapa mangsa berhubung kejadian dera kanak-kanak itu.

Budak 4 Tahun Didera: Polis Didakwa 'Lepas Tangan'?

Menurutnya, bapa mangsa telah membuat laporan pada 19 Mei lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras dan kes disiasat Bahagian D11, Jabatan Siasatan Jenayah.

“Siasatan yang dijalankan mendapati bukan pengadu yang menularkan perkara tersebut dan tidak timbul isu polis enggan menerima laporan yang dubuat sedangkan kertas siasatan telah dibuka.


“Pengadu (bapa mangsa) telah menarik balik laporan yang dibuat dengan alasan tidak mahu meneruskan siasatan kerana pelaku yang juga bekas isterinya telah memohon maaf,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, walau bagaimanapun, polis meneruskan siasatan dan dua suspek telah ditahan hari ini untuk siasatan.

Menurutnya, kanak-kanak tersebut kini dalam jagaan polis.

“Kami ingin menegaskan bahawa isu yang tular itu tidak berasas dan berunsur untuk mengaibkan atau menjatuhkan imej dan kredibiliti PDRM.

“Polis sedang mengesan dan tindakan tegas mengikut undnag-undang akan diambil kepada sesiapa juga yang menyebarkannya,” katanya.

Jelasnya, polis menasihatkan orang ramai agar tiadk mempercayai khabar angin atau berita yang belum tentu kesahihannya.

Terbaru dalam posting Dhia Syeeraz meminta maaf kepada orang yang menyalah sangka status yang dimuat naik berhubung kejadian dera itu dan membabitkan dakwaannya terhadap polis.

“Minta maaf kepada semua yang salah sangka atas post yang saya viral kan hari tu… maksud saya yang sebenar tentang polis tu…polis report telah dibuat tetapi semasa report dibuat polis tu berkata kes tu kecik, rumit dan amek masa yang panjang untuk selesaikan kes nie..saya berharap kes nie dapat diselesaikan dengan cepat,” tulisnya. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori