Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

PH Berusaha Kotakan Manifesto...

KUALA PILAH - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Mukhriz Tun...

Agenda Sebalik Instaseleb Iran...

ANAK-ANAK pegawai kanan kerajaan dan ahli politik di Iran sudah lama mendapat perhatian...

‘Gambar Tulen Tapi Lama’

KUALA LUMPUR - Gambar Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, serta lima...

Permata Kepada Genius, Apa...

SELEPAS pertukaran nama Klinik 1Malaysia kepada Klinik Komuniti hebat disindir wargamaya tahun lalu,...

Budak 3 Tahun Maut Dilanggar Kereta Mengundur

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut selepas dilanggar Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut, selepas dilanggar sebuah kereta yang mengundur, sebelum kenderaan itu merempuh dinding sebuah rumah di Rumah Panjang Tanjung Tokong semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, Annur Sumayyah Syabandi meninggal dunia, ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) berikutan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang berkata kejadian tersebut berlaku apabila seorang wanita berusia 35 tahun, yang memandu kereta jenis Proton Saga dikatakan terpijak pedal minyak ketika mengundurkan kereta.

“Kereta itu kemudiannya melanggar kanak-kanak itu sebelum merempuh masuk ke halaman sebuah rumah di kawasan itu.


“Mangsa telah dibawa ke HPP dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan dan bedah siasat mendapati kanak-kanak itu maut akibat kecederaan parah di kepala,” katanya malam tadi.

Katanya pemandu kereta itu yang juga jiran mangsa bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya, kini ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori