Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Falisha ‘Korban’ Rambut Panjang...

AKTRES kelahiran Kuching, Sarawak, Nur Falisha Crossley Faisal, mendedahkan kesanggupannya mengorbankan rambut panjang...

Guan Eng Saman Fitnah...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memfailkan saman fitnah terhadap blogger...

1,130 Pil Psikotropik Dirampas

Mukah : Lelaki tempatan berusia 32 tahun ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik...

Singapura Lancar Sistem Parkir...

SINGAPURA - Para penunggang basikal di kawasan Woodlands kini mempunyai pilihan selamat dan...

Buat Penilaian Terbaik Sebelum Mengundi

TEMERLOH – Rakyat Malaysia digesa untuk membuat penilaian terbaik dan sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan penting pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata antara penilaian yang perlu dilakukan ialah melihat siapakan yang mempunyai rancangan yang jelas untuk menerajui kepimpinan negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Sepanjang tempoh lima tahun lalu selepas PRU ke-13, terdapat pelbagai insiden dilalui negara dan persoalan seterusnya ialah siapa yang akan menerajui negara selepas PRU14?

“Pembangkang hanya mengkritik tetapi tidak memberikan penyelesaian, mereka hanya memberi cadangan tetapi tidak ada penyelesaian kepada cadangan itu …mereka sekadar memainkan sentimen emosi kepada rakyat.

“Ini berbeza dengan kerajaan yang bukan sekadar memberikan cadangan tetapi memberikan penyelesaian kepada setiap inisiatif atau perancangan,” katanya selepas melancarkan Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Pahang di Dewan Tun Razak di sini hari ini. Turut hadi Angkasawan Negara Datuk Sheikh Muszaphar Shukor.

Mengulas mengenai Manifesto BN yang akan dilancarkan esok, Mohd Sharkar yang juga Pengerusi BN Temerloh optimis ia menjanjikan masa depan yang lebih cemerlang kepada Malaysia untuk menjadi negara maju.


Beliau menambah setiap apa yang dijanjikan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak juga pasti akan dilaksanakan beliau.

“Ini berdasarkan kepada trek rekod kita sebelum ini tidak kira sama ada manifesto, belanjawan atau apa sahaja tawaran yang dibuat,” katanya. – BERNAMA

Kategori