Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Amaran Hujan Lebat Hampir...

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir sehingga pukul 6 petang di...

Tiada Bom Dalam Kereta...

SERI ISKANDAR - Tiada bom atau bahan kimia ditemukan di dalam sebuah kereta...

PAS Tak Mampu Bentuk...

KUANTAN - Sayap Pemuda Parti Amanah Negara (PAN),  Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada)...

RM9.7 Bilion Sudah Dibelanjakan...

PETALING JAYA - Mass Rapid Transit Corp (MRT Corp) membelanjakan RM9.7 bilion bagi...

Buang 50 Mayat, Berhimpit Untuk Masuk Malaysia

LANGKAWI – Datang tanpa diundang dengan menaiki bot besar, ratusan pendatang tanpa izin menceroboh masuk perairan negara sambil merisikokan nyawa mereka di tengah lautan yang gelap-gelita.

Keadaan mereka yang daif berhimpit di dalam bot, digunakan sebagai umpan meraih simpati pihak berkuasa, malahan 269 pendatang tanpa izin yang membolosi perairan negara pada awal Jun lepas, tegar sengaja membocorkan dan merosakkan enjin bot untuk mengelak daripada diusir pihak berkuasa.

Atas dasar kemanusiaan pihak berkuasa menyelamatkan mereka dan membawa bot besar mereka ke jeti berhampiran, sambil dibantu nelayan tempatan untuk menunda bot berkenaan.

Pelayaran berbulan-bulan itu, menyaksikan wanita dan kanak-kanak diletakkan di bahagian atas bot manakala lelaki diletakkan di bahagian bawah tempat enjin bot.

Kali pertama menjejakkan kaki ke atas bot haram itu, yang diletakkan di jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Bukit Malut, tidak dapat dibayangkan bagaimana mereka duduk berlutut sepanjang pelayaran bagi membolehkan lebih ramai penumpang dimuatkan di dalam bot.

Tinjauan Bernama pada keadaan bot itu, begitu busuk kerana keadaan bot yang kotor dicampur dengan bau minyak diesel manakala di satu ruangan kecil dijadikan dapur, kelihatan nasi yang sudah berulat mungkin tidak sempat dijamah apabila mereka berjaya ditahan pihak berkuasa.

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Pengarah Operasi APMM Kedah dan Perlis, Kepten Zulinda Ramly berkata, penahanan 269 pendatang tanpa izin berkenaan ada di antara mereka hidup dan mati ketika dalam pelayaran, apabila pasukan APMM menemui sekujur tubuh tidak bernyawa di dalam bot itu.

Beliau berkata, hasil siasatan awal pihaknya mendapati lebih 269 pendatang tanpa izin yang turut serta dalam pelayaran itu, tetapi jumlah selebihnya telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan dan dibuang ke laut.

“Lebih kurang 50 mayat telah dibuang dipercayai ke perairan antarabangsa, kerana telah meninggal dunia semasa dalam tempoh pelayaran, sebelum tiba di perairan Malaysia.


“Apabila mereka telah membuang mayat, jumlah selebihnya iaitu 269 pendatang tanpa izin meneruskan perjalanan ke perairan negara, sebelum 50 orang daripada mereka, terjun ke laut apabila menyedari kehadiran bot pihak berkuasa yang mengesan mereka berhampiran Teluk Nibong,” katanya kepada Bernama dalam liputan media ekslusif National Task Force, (NTF) di sini.

Mengulas lanjut, Zulinda berkata, pihaknya bersama Pasukan Polis Marin (PPM) menyelamatkan 50 pendatang tanpa izin itu dan membawa mereka ke bot asal untuk pengusiran ke perairan antarabangsa, namun usaha itu gagal apabila mereka sengaja membocorkan dan merosakkan enjin bot.

“Akibat tindakan mereka APMM memeriksa keadaan bot mereka dan mendapati, separuh daripada generator pertama bot ditenggelami air lebih kurang paras dada.

“Oleh yang demikian, saya menghubungi Komander NTF untuk arahan lanjut menunda bot mereka untuk dibawa ke perairan cetek bagi kerja-kerja mengepam air keluar dari bot, namun tidak berjaya kerana air semakin banyak masuk,” katanya.

APMM kemudian meminta bantuan bot nelayan tempatan untuk menunda bot mereka ke perairan utara, iaitu berhampiran Pantai Pasir Tengkorak, di sini dan membawa bot mereka di jeti kilang simen dengan bantuan PPM.

Pada 8 Jun lepas, Bernama melaporkan seramai 269 warga Rohingya cuba menceroboh perairan Langkawi ditahan pihak berkuasa, yang turut menemukan mayat seorang wanita di atas bot yang dinaiki pendatang tanpa izin terbabit.

Zulinda berkata, tahun ini sahaja, APMM telah menahan empat buat bot iaitu sebuah bot pada bulan Mac, dua bot pada April dan sebuah bot pada bulan Jun ini (terkini). – BERNAMA

Kategori